Mohamad Jusoh Menang Anugerah Tokoh Imam FELDA 2017

Share This:

Peneroka Felda Cerul 1, dari wilayah Terengganu Mohamad Jusoh diisytiharkan sebagai penerima Tokoh Imam FELDA 2017 sempena program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia umtuk Hari Peneroka Kebangsaan 2017 di Presint 3, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Yusoff Mahmud dari Felda Nenering Satu, Wilayah Trolak di Sungkai, Perak manakala tempat ketiga dimenangi Sammah Sambaih dari Felda Sahabat 5, Wilayah Sahabat.

Mohamad menerima wang tunai RM15,000 dan pakej mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Ketika ditemui PRU14.tv, beliau bersyukur kepada Allah SWT atas kejayaan berkenaan.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan lagi takwa saya supaya saya lebih berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata beliau turut bersyukur kerana suasana jemaah kariah di tempat beliau begitu baik dan bersemangat dalam menegakkan syiar Islam.

Tentang beberapa insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, Mohamad berkata beliau akan menggunakan apa yang diberikan sebaik mungkin untuk menegakkan syiar Islam di tempat beliau.

Sementara itu Majid Jamek Al-Ehsan di Felda Pasak, Johor Bahru dalam daerah Kota Tinggi diumumkan pemenang Anugerah Masjid Contoh 2017 sementara Masjid Nur Ukhwah, Felda Tersang, Wilayah Mepaga memenangi tempat kedua dan Masjid An-Sorillah di Felda Kemahang 1, Gua Musang mendapat tempat ketiga.

Anugerah Masjid Contoh diterima oleh Pengerusi Masjid Jamek Al-Ehsan Mohamed Marjudin daripada Najib yang menyampaikan anugerah berkenaan.

Menurut beliau, perasaan syukur tidak terhingga dizahirkan dengan kemenangan itu dan hadiah kemenangan akan digunakan untuk mengimarahkan lagi masjid berkenaan.

“Kami akan mengimarahkan masjid kami dengan menganjurkan pelbagai program untuk lebih ramai jemaah bersolat bersama-sama,” katanya ketika ditemui PRU14.tv.

Pengerusi Masjid Jamek Al-Ehsan, Felda Pasak, Kota Tinggi, Mohamed Marjudin memegang replika cek RM50,000 selepas diumumkan pemenang Anugerah Masjid Contoh Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2017 di Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Berkenaan insentif yang diumumkan Perdana Menteri sebagai warga peneroka, beliau bersyukur kerana Najib merupakan pemimpin yang peka dan sentiasa prihatin dengan keperluan warga FELDA.

“Peneroka begitu bersyukur, Yang Amat Berhormat seorang yang selalu peka dan selalu mengambil berat kepada peneroka dan semua penduduk Malaysia kerana banyak insentif yang diumumkan tadi adalah kelegaan kepada peneroka yang mana itu menunjukkan Yang Amat Berhormat prihatin.

“Kita akan bersama-sama yang Yang Amat Berhormat dalam keadaan senang dan susah,” kata Mohamed.

Kira-kira 25,000 orang pada hari ini hadir pada perasmian Ekpresi FELDA Negaraku Malaysia yang sudah berlangsung sejak Jumaat sehingga ke hari ini. – pru14.tv

 

Comments

comments

Related Post

One thought on “Mohamad Jusoh Menang Anugerah Tokoh Imam FELDA 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*