“Generasi Baru Pelapis Perlu Lebih Berani Bantu Kerajaan” – Ketua Peneroka

Share This:

KETUA Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merangkap Naib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru Encik Samsudin Bin Othman menyeru generasi baru Felda agar lebih berani dan bersemangat membantu menjadikan Felda lebih global dengan membawa aspirasi kerajaan.

Beliau membuat seruan tersebut ketika majlis perasmian Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Encik Samsuddin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membawa nilai positif dan merubah kehidupan para peneroka menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Disamping itu juga, perlantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dilihat mampu melonjakan imej Felda menjadi lebih baik.

Tema aspirasi hari peneroka sememangnya membawa elemen positif yang turut mampu menangkis serangan dan fitnah yang dibawa oleh pembangkang.

Disamping itu juga Felda Bilut yang terdiri daripada 11 wilayah Felda membantu memperkukuhkan generasi seterusnya.

Warga Felda juga digesa agar berganding bahu tanpa mengharapkan balasan memandangkan kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan mereka.

Mereka perlu tahu bahawa semua perkara tersebut tidak datang bergolek. Semuanya dari hasil titik peluh dan perjuangan tanpa mengenal penat lelah.

Oleh itu mereka mempunyai peranan untuk menyokong kuat segala usaha kerajaan bagi memastikan segala usaha untuk memecahbelahkan kepimpinan kita semua dapat ditangani dengan lebih mudah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Felda atas segala usaha mereka menjaga kepentingan para peneroka

Terikasih pm, terima kasih felda.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*