Pra Pelancaran Projek Negara – Malaysia Explorers Grand Slam 2017

Share This:

Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini mengumumkan Pelancaran Projek Negara – Malaysia Explorers Gran Slam 2017 yang akan dilaksanakan pada 19 Disember 2017.

Ekspedisi berski sejauh 120 kilometer selama tujuh hari akan dilaksanakan oleh Penjelajah Negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin.

Ekspedisi tersebut akan memahat nama Rakyat Malaysia di persada dunia dimana Qobin akan menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menamatkan misi ekspedisi Tujuh Puncak Tujuh Benua (2010), Berski Di Kutub Utara (April 2017) dan Berski Di Kutub Selatan (Disember 2017) yang dinamakan sebagai Explorers Grand Slam.

Misi Grand Slam Kutub Selatan oleh Qobin akan berlepas dari Union Glacier, Antartika dengan menaiki Helikopter menuju ke titik satu darjah dan akan memulakan ekspedisi berski ke titik kosong darjah Kutub Selatan.

Qobin akan berski bersama-sama sekumpulan penjelajah antarabangsa lain yang turut menyertai ekspedisi kali ini.

Untuk rekod, ekspedisi kali ini merupakan projek antarabangsa kali ke-9 dijayakan oleh KE7B sejak 2009.

Antaranya, Ekspedisi Berbasikal dan bermotosikal Di 23 Buah Negara, Misi Tujuh Puncak Tujuh Benua Dunia, Misi Renangan Selat Inggeris, Misi Everest Felda 2013, Ekspedisi Merentas Greenland, Ekspedisi Kutub Utara dan Ekspedisi Rentas Kutub Selatan,

KE7B turut berjaya melahirkan 23 ikon sukan ekstrem sejak 2009.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*