Orang Ramai Berebut Beli Stok Pokok Harum Manis #EkspresiFeldaNegaraku

Share This:

Orang ramai yang minat dengan buah Mangga Harum Manis kena berebut beli stok pokok buah berkenaan pada program Ekspresi FELDA Negaraku Felda 2017 untuk anda cuba menanamnya pula.

Booth yang menempatkan pokok-pokok itu ialah di gerai FAMA Florikultur Pusat Jualan Anak Benih Dan Bunga di bahagian belakang pentas utama.

Selain Harum Manis, antara yang mendapat sambutan ialah pokok Durian Musang King (Raja Kunyit) dan Durian Belanda yang amat enak jika dibuat sebagai minuman.

Gerai berkenaan merupakan sebahagian dari booth dalam program berkenaan yang diadakan sempena Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 kali ke-60 kali ini.

Di gerai berkenaan, ada dijual benih pokok kelapa yang banyak untuk dibeli oleh orang ramai dan para pengunjung Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia kali ini.

Selain itu, pada karnival di Putrajaya, turut diadakan ialah pameran inovasi yang mengetengahkan inovasi yang dihasilkan daripada bahan yang terdapat di kawasan tanah Rancangan FELDA.

Antara hasil inovasi dan kreativiti warga peneroka yang dipamerkan hari ini ialah sarung telefon pintar yang dihasilkan menggunakan tempurung kelapa hasil kreaitiviti warga peneroka Felda Chiku 7, Gua Musang, Kelantan.

Satu lagi kreativiti yang dipamerkan ialah produk kitar semula dari Felda Jengka, Pahang iaitu kertas daripada serat tandan kosong kelapa sawit dihasilkan melalui proses pempulpaan kimia.

Selain itu Jabatan Inovasi Felda turut mempamerkan perabot seperti kerusi dan meja kopi yang diperbuat daripada tayar lori dan kayu pallet bagi memberi idea kepada warga peneroka untuk menghasilkan pelbagai produk menggunakan barangan terpakai. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*