Mural Ekspresi FELDA Penuh Dalam Masa Sehari

Share This:

Sepanjang tiga hari program Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya sejak semalam, satu papan yang dikhaskan sebagai Mural Ekspresi FELDA sudah dipenuhi tandatangan pengunjung yang ingin menonjolkan sokongan mereka kepada agensi itu.

FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan pada 21 Julai menyambut Hari Peneroka Kebangsaan 2017 kali ke-60 dan ini kali pertama ia diadakan di Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat sampai Ahad.

Pengunjung yang hadir ke dalam khemah pempamer akan diberi pen marker untuk menurunkan tandatangan beserta ucapan mereka kepada FELDA sebagai simbolik kemeriahan sambutan kali ini.

Ada wakil dikenali sebagai Saifulnizam menurunkan tandatangan dengan ucapan bahawa beliau amat menyayangi sebuah tanah rancangan Felda yang terdapat di Melaka.

“I love Felda Bukit Senggeh, Melaka, anak Felda, Saifulnizam dan Radia,” tulis pengunjung berkenaan.

Kemudian seorang lagi berdoa supaya Felda terus hidup di mercu dunia.

“Hidup terus hidup di mercu dunia, Felda dan generasinya,” dari Syam.

Itu antara dua tandatangan dan ucapan pengunjung yang menarik dalam mural yang sebelum itu telah dirasmikan oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Sementara itu, khemah yang menempatkan booth utama semua wilayah FELDA dan usahawan FELDA dipenuhi pengunjung yang datang dan saiznya yang besar tidak menghalang mereka berjalan ke seluruh khemah meninjau gerai-gerai yang ada.

Pelbagai jenis produk yang dijual dan dipamerkan kepada orang ramai yang hadir dengan harga yang lebih murah dari harga pada masa jualan mereka.

Esok adalah hari terakhir karnival berkenaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*