Muhyiddin Silap Pasal #FELDA, Seluruh Malaysia Adalah Kubu Kuat BN

Share This:

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) didakwa sebagai bukan kubu kuat Barisan Nasional (BN) oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah karut semata-mata kerana BN tidak pernah memerlukan sebarang lokasi untuk dijaga untuk dijadikan sebagai kubu.

Ini kerana, hasil jasa dan bakti BN sejak lepas merdeka, BN sudah berbakti kepada seluruh rakyat dengan ikhlas bukan ada sebarang agenda politik tertentu.

Muhyiddin yang pernah lama di dalam UMNO dan BN tak perlu berkata begitu kerana beliau sudah tahu bagaimana BN menjaga kebajikan rakyat. Kalau diikutkan seluruh negara adalah kubu kuat BN. Kawasan yang dikuasai pembangkang hanyalah hasil hasutan jahat mereka untuk membuat rakyat benci kepada BN.

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam satu kenyataannya berkata itu adalah hanya pandangan Muhyiddin dan beliau berhak berkata demikian.

“Itu pandangan dia dan berhak berkata demikian,” kat Shahrir Abdul Samad merujuk kenyataan Muhyiddin itu.

Pengerusi FELDA bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu adalah propaganda bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semata-mata untuk meyakinkan pengikut dan akar umbi PPBM.

Menurut Shahrir, segala dakwaan boleh dibuat memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

“Muhyiddin mesti ada semangat untuk galak pengikut percaya pada dia. Itu biasalah. Masing-masing punyai propaganda la kan.

“Kami masih buat kerja melalui strategi kepemimpin bagus serta integriti tinggi dan pastinya dapat menambah baik keadaan peneroka FELDA,” kata Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

Shahrir memberikan reaksi kepada Muhyiddin selepas majlis Sambutan Hari Raya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Terdahulu, Muhyiddin mendakwa FELDA bukan lagi kubu kuat BN kerana PPBM dan Pakatan Harapan (PH) menerima sambutan yang baik daripada peneroka semasa program anjuran mereka.

Mengulas lanjut tindakan pembangkang mengadakan program di tanah rancangan FELDA, Shahrir menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah.

Tambahnya, UMNO dan BN sedang berada dalam landasan tepat untuk terus mengekalkan sokongan sekaligus mendapat kepercayaan dari warga Felda pada pilihanraya umum akan datang.

PPBM serta PH sebelum ini menganjurkan ‘Jelajah Semarak Kasih’ yang berlangsung sejak awal tahun ini bagi memenangi hati pengundi dari kalangan peneroka FELDA.

Pada ketika ini, terdapat 54 kerusi Parlimen dalam kawasan FELDA dan pembangkang hanya menyandang enam kerusi iaitu Raub, Kuala Nerus, Temerloh, Dungun, Kulai dan Sungai Siput pada Mei 2013. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*