Chef Wan Akui Masakan Makcik Felda Lebih Sedap

Share This:

Pertandingan Dapur Masakan FELDA adalah antara yang menarik perhatian pengunjung. Ianya dianjurkan sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2017.

Sementara itu, ianya disertai oleh disertai 35 pasukan daripada seluruh wilayah. Apa yang lebih menarik adalah Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef Wan merupakan ketua juri untuk pertandingan ini.

Selain itu, pertandingan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran Dato’ Razali Ibrahim yang membuat lawatan ketika pertandingan itu sedang dijalankan.

Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 beserta hamper. Naib johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM700.00 beserta hamper. Akhir sekali, tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM500.00 beserta hamper.

Ketika diwawancara, Chef Wan mengakui masakan warga FELDA yang menyertai pertandingan itu lebih enak daripada masakannya. Bagi dirinya, makanan tradisional Melayu adalah yang terbaik.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*