Anak Felda Terajui Industri Syiling Emas Tempatan

Share This:

BERMULA hanya dengan idea dan angan-angan, kini segalanya jadi kenyataan. Bertitik tolak dengan perniagaan Syiling Emas Harimau Mint Gold, satu-satunya syiling emas pertama direka beridentiti kebangsaan, telah berjaya melahirkan 4,000 usahawan separuh dan sepenuh masa bernaung di bawah bumbung sama yang diterajui anak Felda.

Menarik sekali apabila syiling emas Malaysia ini telah pun melebarkan sayapnya di peringkat antarabangs dengan mempunyai ejen dan peminatnya tersendiri di Negara Brunei, Jepun, Arab Saudi, Singapura dan Australia.

EMPAT anak peneroka dari Felda Lepar Utara 3 Pahang dan Felda Palong Timur 1 JOHOR telah mencetuskan fenomena dan inspirasi kepada golongan belia yang berminat dalam menceburi bidang perniagaan emas atau syiling emas secara spesifiknya. Encik Mohd Faizal bin Zulkifli dan Puan Noridayu binti Othman selaku pengasas jenama Harimau Mint Gold ini berkongsi pengalaman awal bagaimana mereka berjinak di dalam industry emas ini.

“Pada mulanya kami ingin menjadikan emas sebagai salah satu portfolio simpanan kami. Ini kerana simpanan emas ini menjadikan kami lebih berdisplin. Hari ini kami simpan 1 gram emas. Pada hujung bulan, 1gram tersebut masih lagi ada di tangan kami. Berbanding kerapkali kami cuba menyimpan RM200 sebulan, penghujung bulan berbaki RM2. Jadi, emas ini adalah salah satu alternatif yang sangat membantu dalam mendisplinkan simpanan kami,” ujar Encik Mohd Faizal, Pengarah Urusan Harimau Mint Gold.

Bertitik tolak dari itulah bagaimana dua anak muda ini mula mengenal dunia emas, seterusnya menambah ilmu melalui pembacaan dan pengalaman harian. Dalam masa yang sama mereka mula mengenal peniaga-peniaga dalam industri ini. Ianya bukan satu proses sekelip mata tetapi satu proses pembelajaran untuk jangka masa panjang. Dengan pengalaman-pengalaman dan pembelajaran yang telah dilalui, barulah mereka sepakat untuk membuka satu jenama emas sendiri iaitu Harimau Mint Gold.

“Kami bermula pada awal Feb 2015 dengan 100 ejen yang pertama. Saya berterima kasih sangat kepada 100 ejen yang pertama yang telah membantu memperkenal jenama ini kepada masyarakat luar.

Sudah pasti sebelum pelancaran jenama Harimau Mint Gold ini, kami sudah melakukan pemasaran melalui medium online seperti Facebook Ads dan Facebook group 3 bulan lebih awal. Ini bagi mendapatkan respon dan memberitahu kepada individu di dalam industri emas agar mereka mendapat info lebih awal,” kata Puan Idayu Othman, Pengarah Urusan.

Urusan mereka ini menjadi lebih lancar apabila 2 ahli keluarga masing-masing menyertai bahagian pentadbiran HMG sebaik sahaja mereka tamat belajar iaitu Encik Muhammad Hisham bin Othman dan Encik Muhammad Fazliey bin Zulkifli.

Kehadiran HMG bermatlamat untuk menjadi pengeluar syiling emas pertama yang berimejkan Malaysia serta ingin membuka mata dunia supaya mengenali keunikan negara selain mampu menarik pelancong datang ke Malaysia. Apapun matlamat dan visi utama kami adalah ingin memberi kesedaran kepada diri kami sendiri dan masyarkat diluar sana berkenaan kepentingan simpanan emas. Apa yang ingin kami terapkan kepada masyarakat adalah sebagai penyimpan, pelabur, peniaga dan pengumpul. Setiap profil tersebut mampu menjana pendapatan kepada individu masing-masing.

Bercirikan emas mampu milik bagi setiap peringkat pendapatan, keunikan HARIMAUMINTGOLD juga teserlah indah dengan hasil rekaan anak melayu yang berlatarbelakangkan harimau serta melambangkan tanah air tercinta iaitu Malaysia. Rekaan-rekaan yang sangat unik ditambah lagi dengan rekaan terbaru bagi 2017 yang mana jelas terpapar indah peta Malaysia di bahagian belakang dan kesan harimau yang dibuat dalam bentuk 3 dimensi yang pasti akan membuatkan peminat harimau ini teruja jika dapat memilikinya.

Untuk pengetahuan anda semua, tahun ini adalah 60 tahun kemerdekaan Malaysia (31 Ogos 1957 – 31 Ogos 2017). Sehubungan itu, sebagai peneraju syiling emas Malaysia, Harimau Mint Gold mengeluarkan syiling emas sempena 60 tahun kemerdekaan negara kita. Syiling emas ini berketulenan 999.9. Setiap keping syiling ini disahkan ketulenan dan beratnya oleh pihak yang pakar dalam logam emas dan perak iaitu KL Assay (M) Sdn Bhd yang diterajui oleh En Shukor bin Anuar, nombor telefon 012-3356951.

Menurut Encik Faizal lagi, “Kami sangat menitik beratkan kualiti Harimau Mint Gold. Kualiti HMG sangat berbeza berbanding yang lain kerana proses pembuatan dan penempaan syiling ini dibuat dengan rapi. Tekanan yang digunakan adalah dua kali ganda daripada tekanan yang biasa digunakan bagi pembuatan emas-emas yang lain,hal ini kerana dengan penghasilan syiling yang menggunakan tekanan yang lebih tinggi, syiling yang terhasil adalah lebih bermutu, gambarnya lebih tajam, boleh dirasa dengan tangan apabila disentuh malah tulisan dan gambar diatas permukaan syiling itu timbul dan jelas dibaca”

Keunikan syiling emas HARIMAUMINTGOLD semakin menyerlah apabila setiap kepingan syiling itu memiliki “mirror image” iaitu permukaan yang sangat berkilat malahan boleh memantulkan wajah pemiliknya. Jelas sekali syiling harimaumintgold ini memenuhi piawaian ‘proof coin’.

Seperti kita sedia maklum, matawang kita bersandarkan dollar dan jika matawang dollar sudah tidak lagi digunakan, mungkin matawang kita juga turut serta tidak laku.

Oleh yang demikian, emas boleh menjadi insurans dan satu-satunya aset penting sebagai tabungan yang berguna untuk masa hadapan. Hal ini kerana, emas merupakan salah satu pelaburan masa panjang yang paling selamat malah lebih menguntungkan sementara simpanan emas juga boleh digunakan bagi membantu kos perbelanjaan anak-anak, deposit rumah atau kereta malahan simpanan untuk perkahwinan.

Justeru, Harimau Mint Gold menyeru masyarakat Malaysia untuk meberi sokongan kepada produk anak tempatan ini. Mereka juga menyediakan perkongsian-perkongsian ilmu emas yang dikeluarkan di fb dan laman web bagi membantu golongan yang baru untuk mendapatkan maklumat berkenaansimpanan emas fizikal.

Untuk keterangan lanjut berkenaan syiling emas Harimau Mint Gold boleh layari terus Facebook Pages “Harimau Mint Gold “ atau website www.harimaumintgold.my. Harimau Ming Gold juga boleh dihubungi melalui whatsapp 019-3106304.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*