Upin & Ipin Meriahkan Acara Ekspresi Felda

Share This:

PARA peminat Upin dan Ipin berpeluang bersama mereka sepanjang berlangsungnya acara Ekspresi Felda Negaraku di Dataran Putrajaya yang berlangsung dari 21 hingga 23 Julai ini.Masuk adalah PERCUMA!

Antara aktiviti menarik Upin Dan Ipin adalah

1. Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
2. Penampilan Istimewa Ultraman Ribut
3. Pertandingan Mewarna
4. Senam Pagi bersama Upin & Ipin
5. Perarakan Maskot
6. Persembahan Meneroka Felda Bersama Upin & Ipin
7. Persembahan Asyiela Putri dan Yubi
8. Pelbagai Aktiviti dan Hadiah
dan banyak lagi

Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia diadakan sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan bermula hari ini di Dataran Putrajaya di sini, dengan pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.

Antara aktiviti sepanjang karnival tiga hari itu ialah jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan.

Pada hari pertama ini, pengisian programnya ialah khutbah Jumaat di Masjid Putra dan pertandingan futsal antara 54 Parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda.

Sementara itu, pada malam ini pula akan diadakan acara Felda Berselawat dan Forum Perdana bertajuk ‘Bakti Disemai, Bukti Dituai’ di pentas utama karnival.

Karnival kali ini bertemakan #KamiGenerasiFelda, #KamiSayangFelda dan #FeldaSayangKami.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata, lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival itu.

#EkspresiFeldaUpinIpin
#upinipinluarbiasa
#UpinIpin
#EkspresiFeldaNegarakuMalaysia
#HariPenerokaFelda2017
#ekspresifeldanegarakumalaysia
#haripenerokafelda2017
#KamiSayangFelda
#FeldaSayangKami

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*