Penyanyi Linkin Park, Chester Bennington Mati Gantung Diri

Share This:

Penyanyi kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, 41, mati akibat membunuh diri.


Chester ditemui menggantung dirinya di kediamannya yang terletak Palos Verdes Estates, Los Angeles.


Menurut laporan The New York Times, pihak berkuasa masih belum memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kematiannya.

Sebelum ini, pemuzik terkenal itu mempunyai sejarah ketagihan dadah dan alkohol namun kaitan antara perkara tersebut dan kematiannya masih belum dapat disahkan lagi.


Pemuzik itu meninggalkan enam orang anak hasil dari dua perkahwinan termasuk bersama Talinda Ann Bentley.

Foto: Carian Internet

Menurut sumber lagi, kematian Chester berlaku pada hari jadi rakan baiknya, Chris Cornell, yang juga membunuh diri Mei lalu. Malah dia turut menghadiri dan membuat persembahan pada hari pengebumian Cornell sebagai tanda penghormatan terhadap sahabatnya itu.


Linkin Park kini dalam rangka konsert jelajah One More Light dan dijangka mengadakan persembahan di Xfinity Centre, Massachusetts pada 27 Julai ini, namun mungkin dibatalkanberikutan tragedi ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*