Pelik… Kenapa Rafizi Tiada Jawatan Dalam Pakatan Harapan?

Share This:

Sempena sambutan hari kejayaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini, apa cerita dengan pemfitnah tegar dari PKR, iaitu Naib Presidennya Rafizi Ramli yang nampaknya tercicir dari dilantik sebagai barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) walaupun aktif mengkritik kerajaan.

Selepas barisan Majlis Presiden PH diumumkan agak pelik kenapa nama Rafizi tiada dalam senarai dengan jawatan dalam Majlis Presiden itu.

Beliau tidak disenaraikan pun di dalam barisan Naib-Naib Presiden PH sebaliknya hanya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Naib Presiden PAN, Salahuddin Ayub.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin dalam pembangkang tidak mahu membazirkan kepimpinan kerana Rafizi sudah sebelah kaki menjejakkan kaki ke dalam penjara kerana dia sudah dihukum penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didapati bersalah melangar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR Pandan bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mac lepas.

Oleh kerana itu, dia tidak layak untuk duduk bersama dalam Majlis Presiden PH itu.

Kemudian, ada konflik antara Azmin dan Rafizi kerana beliau ada mendedahkan skandal rasuah dalam kerajaan Selangor pimpinan Azmin termasuk skandal perempuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika ini difahamkan masih dalam siasatan pihak SPRM.

Azmin tidak mahu duduk semeja dengan Rafizi kerana hal itu dan juga tidak lama lagi bos badan INVOKE itu akan menjadi banduan ke penjara.

Pemimpin Pakatan juga tahu kerja Rafizi yang suka memfitnah dan akhirnya kantoi memfitnah.

Berapa kali sudah Rafizi meminta maaf dek kerana kerja menipu dan memfitnah kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Padahal yang dalam Majlis Presiden PH itu pun banyak yang cakap tak serupa bikin dan perasuah termasuk seorang dari Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng.

Kalau Guan Eng pula dihukum penjara kerana rasuahnya beli banglo lebih murah daripada harga pasaran itu nanti, lingkuplah PH bersama Majlis Presidennya yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*