Kongsi Amalan Didik Anak Cemerlang Dunia & Akhirat

Share This:

Hakikatnya, menjadi harapan dan impian setiap mak ayah, inginkan anak anak berjaya baik didunia mahupun diakhirat. Nak anak cemerlang sebenarnya juga perlukan usaha dan bermula daripada mak ayah itu sendiri.

Perkongsian menarik daripada Puan Dahliana Mohd Dagang yang juga merupakan ibu kepada Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi ini wajar dijadikan panduan buat Ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Berikut antara perkongsian tersebut;

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) & videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yang request friend dgn saya walaupn saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dengan permintaan agar saya share macamana cara mndidik Husna hingga berjaya akademik & hafazannya.

Menyedari diri al faqir yang penuh dengan berbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Justeru, saya cuma Whataps secara personal sedikit perkongsian yang ada.

Allah izin, dalam 3 hari ini ada 2 orang kenalan brtanya lagi berkenaan rahsia mndidik anak. Teringat kata-kata ummi angkat Husna; Ustzh Muzayyanah Abdullah…kongsikan apa-apa yang baik, kerana ia adalah sumbangan kita utk ummah.

Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk share sesuatu yang saya harapkan akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat. Sebenarnya tak ada rahsia pun…saya didik Husna & anak-anak lain sama je mcm sahabat2 lain. Namun, apa yang saya tulis ni adalah untuk memperingatkan diri / revision untuk kebaikan bersama, In shaa Allah.

1.Perbetulkan Niat Sebelum Kahwin

Yang penting, sebelum kahwin…niatkan nk bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala…nk lahirkn generasi soleh & solehah yg boleh menyampaikan Islam kpd yg lain. Seboleh2nya pilih pasangan yg kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.

2.Amalkan 3 Surah

Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.Sentiasa berzikir & baca Al Quran kepada ank-anak dari sejak lahir lagi. Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji, kurangkan lagu-lagu & hiburan yang lagha (sia-sia).

3.Hadiahkan Anak, Ada Elemen Ilmu

Kalau nak beli CD atau apa sahaja hadiah untuk anak-anak, pastikan ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh membina/menguji minda.

4.Penuhi Masa Anak Dengan Program Ilmu

Tanamkan minat membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan Islamik. Dari kecil, didik anak untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ajar doa-doa harian & segala amalan-amalan wajib & sunat, hantar anak-anak ke program pemantapan rohani contohnya kem hafazan di masa cuti. Penuhi masa lapang anak-anak dengan program-program ilmu.

5.Jaga Pemakanan Elak Syubhah

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dari makanan syubhah. Cek betul-betul bahan-bahan sebelum membeli makanan untuk keluarga.

6.Hantar Anak Sekolah Agama

Jika ada kemampuan, hantar anak-anak ke sekolah agama. Kami ibubapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM K. Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.

Justeru, Husna & adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang mnggunakn kurikulum MUSLEH, yang menekankn keseimbangan dari segi akademik, akhlak & pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.

6.Bawa Anak Ke Majlis Ilmu Dari Kecil

Selalu bawa anak-anak ke mjlis-majlis ilmu dari kecil lagi.Untuk tidak menganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah anak-anak kita tidak mnjadi distraction kepada orang lain. Walaupun kita tidak dapat 100% ilmu yang disampaikn kerana terpaksa melayan anak-anak, ini adalah usaha untuk mendapat keberkatan orang-orang alim yang menghadiri majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga.

7.Jaga Hubungan Dengan Allah & Manusia

Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengsn Allah & manusia. Husna selalu mohon maaf & doa restu ibubapa. Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya.Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf & doa dalam sekali call.

8.Pesan Pada Anak Jadi Orang Berguna

Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi org berguna, bukan hanya pada diri & keluarga tapi juga kepada ummah.

9.Sentiasa Tolong Orang

Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan-kawan..walaupun dia sendiri kadang-kadang tak sempat study (dia byk terlibat dengan aktviti luar) bila kwn mai minta tolong ajarkan, jangan hampakan.Sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita.

10. Hormati Guru

Juga, amat penting juga menghormati guru kerana di situlah letaknya keberkatan ilmu.

11.Sentiasa Doakan Anak-Anak Dalam Sujud Terakhir Solat

Sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Ustaz Kazim Elias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;

Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun ..(masa ni kita doalah apa nak doa dalam hati ) …fayakun. Doa ini juga boleh diamalkan di waktu2 lain, bukan hanya dalam sujud terakhir.

12.Ibu Bapa Jadi Kena Jadi Contoh

Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalknnya.

13.Niat Ibadah

Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah.. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah & kita tidak makan makanan yang haram. Apatah lagi usaha untuk mendidik & membesarkan anak untuk melahirkn generasi yang berguna kepad aummah.

Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yang kita kasihi. Di samping beroleh mnfaat dari kebaikan yang kita lakukan, kita juga in shaa Allah akan beroleh pahala berganda kerana mngikut sunnah yang sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.

Wallahu a’lam. Sesungguhnya saya masih terlalu amat banyakkkkkkkk kelemahan…cuma kongsi skit-sikit yang saya tahu…semoga bermanfaat. Mana yang dirasakan baik tu boleh diamalkn..Yang kurang tu saya mohon berbanyak kemaafan.

Akhir kata, semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*