Kadar Cukai Selangor Naik 35000%, Rakyat Kena “Sembelih”

Share This:

Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri yang paling teruk dikepung dengan pelbagai masalah dan skandal berbanding penyandang terdahulu iaitu semasa dipimpin oleh komponen Barisan Nasional,

Pelbagai helah digunakan Guan Eng dan Kit Siang untuk menutup skandal mega di Pulau Pinang yang membabitkan dirinya, namun, , ia sebaliknya menjadi semakin buruk dengan pelbagai pendedahan dilakukan oleh rakyat.

Sebagai contoh, skandal penjualan dan kehilangan wang penjualan tanah kerajaan yang tidak dinyatakan kepada awam, skandal terlebih bayaran dengan alasan kesalahan komputer yang melibatkan berbillion ringgit, skandal terowong dasar laut dan banyak lagi.

Paling menakjubkan ialah skandal rasuah pembelian banglo dibawah paras harga pasaran yang mengaitkan Guan Eng sendiri. Ini belum lagi disabitkan dengan nilai harga projek tidak masuk akal seperti mengecat laluan basikal dan projek LRT dari Komtar ke Bayan lepas yang mencecah harag sama dengan pembinaan MRT.

Semua ini adalah skandal-skandal rakus yang menjadi amalan DAP di Pulau Pinang dan tidak kurang juga  perkara yang sama dilakukan oleh PKR di Selangor. Rakyat dikedua buah negeri ini didiskriminasi oleh sistem amalan pemerintahan dua diktator yang mengamalkan kleptokrasi dana rakyat atas nama pembangunan.

Amat tepat sekali apabila kata-kata Ibn Khaldun, dalam karya agungnya Mukaddimah, “Pada permulaan sebuah empayar, kadar cukainya rendah dan pendapatannya tinggi. Pada penghujung sebuah empayar, kadar cukainya tinggi dan pendapatannya rendah”.

Hal ini berlaku diawal pemerintahan Pakatan Harapan yang mana  menjanjikan keindahan  mencapai bintang sehingga siang dan malam diulit mimpi yang amat indah. Semua yang dijanjikan amat menyeleraskan jika dibandingkan dengan makanan  ianya boleh menyebabkan kegemukan.

Namun hakikatnya bukan begitu,  semuanya hanya mimpi sahaja, Mimpi indah yang dijanjikan sehingga kini 51 janji pilihanraya tiada satu pun yang dapat dikecapi oleh rakyat. Malah pelbagai cukai telah dinaikkan dengan sewenangnya dan amat membebankan rakyat.

Kadar percukaian yang terhebat didalam dunia  berlaku di Selangor  sehingga kenaikan mencapai 35,000 peratus dan kenaikan yang paling rendah ialah sekitar 400 peratus. Hebat bukan, Kedua buah negeri yang amat kaya kini dibelenggu dengan tekanan percukaian tidak masuk akal.

Laungan korupsi  yang diucapkan dari mulut kepimpinan Pakatan Harapan hanya laungan untuk menyembelih leher rakyat. Menghapuskan korupsi, atau menghapuskan akta menindas, akan tercapai dengan hanya menukar kerajaan.

Ya, menukar kerajaan, sekarang dua buah negeri yang telah bertukar kerajaan iaitu Selangor dan Pulau Pinang semakin hari  semakin kritikal dalam korupsi dan skandal yang melibatkan dana rakyat. Laungan  untuk menghapuskan korupsi itu hanya mimpi  dan halwa telinga sahaja.

Akhirnya rakyat yang dahulunya menyokong laungan dan slogan “Ubah” kini benar-benar telah “DiUbah” dalam segenap perkara. Jika dahulunya mempunyai jiran tetangga dan rumah kediaman semuanya telah diusirkan. Jika dahulunya membayar bil air  sedikit kini kenaikan tarif yang melampaui batas kemanusiaan

Ini lah  perubahan dan  faedah yang diterima  untuk  mendapatkan sebuah kerajaan yang dikatakan tidak mengamalkan perkauman serta  akan berlaku adil kepada semua kaum , akan telus dari segenap tindakan.

Rupanya DAP dan PKR adalah serigala lapar yang menunggu masa untuk meratah keringat rakyat dengan kekejaman yang dilakukan atas nama pembangunan dan kemestian  yang perlu rakyat bayar. Hasilnya  sekeping tanha kerajaan pun hampir tidak wujud lagi untuk dibangunkan untuk kepentingan rakyat.

Masih lagi tidak sedar? Rakyat harus melihat bagaimana sikap ini akan berterusan sehingga segala cita-cita untuk menghapuskan segenap kepentingan rakyat dapat dilaksanakan dengan sokongan “tuan Tanah” yang ada sekarang.

Janji hanya tinggal janji. Rakyat harus bangun untuk menyatakan bantahan pada Pilihanraya 14 akan datang. DAP dan sekutunya  yang dinamakan Pakatan Harapan bukan pemerintah yang baik dalam  memperjuangkan kepentingan rakyat.

Hapuskan konsep konsesi yang ada menular diminda Pakatan Harapan untuk membebankan rakyat. Sekarang kepimpinan Barisan Nasional terus membina pembangunan tanpa konsesi yang membebankan. Kepentingan dan kemudahan rakyat itu adalah yang paling utama.

Menolak Pakatan Harapan adalah sesuatu jihad yang amat mulis dari membiarkan sebuah Negara  bernama Malaysia diratah habis sehingga  satu hari nanti Banjaran titiwangsa pun akan botak tanpa nilai lagi.

DAP dan Pakatan Harapan adalah kumpulan pemimpin yang penuh dengan skandal  yang rakus dalm mengejar kekayaan diri tanpa mereka mempedulikan kepentingan rakyat diutamakan. Dalam erti kata lain, longkang banjirpun tidak mampu dicuci untuk melajukan aliran air.

  •  PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*