Ekspresi Felda : Pertandingan Futsal Antara 54 Parlimen

Share This:

Perasmian sepak mula Futsal 54 Parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda sempena Ekspresi Felda Negaraku Malaysia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Dato Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan bermula hari ini di Dataran Putrajaya di sini, dengan pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung.

Antara aktiviti sepanjang karnival tiga hari itu ialah jualan murah, pameran serta jualan produk industri kecil dan sederhana, jualan trak makanan, program ‘Meneroka Felda Bersama Upin dan Ipin’ serta kaunter bergerak pelbagai perkhidmatan.

#EkspresiFeldaNegarakuMalaysia
#HariPenerokaFelda2017
#ekspresifeldanegarakumalaysia
#haripenerokafelda2017
#KamiSayangFelda
#FeldaSayangKami

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*