Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia Bermula Hari Ini

Share This:

Bermula dengan tanah yang tidak diusahakan dan diteroka secara bersama oleh para peneroka awal, di Felda Lurah Bilut kini nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah gah di mata dunia melakar kejayaan sejak ia wujud selama 60 tahun yang lalu.

Pada 1 April 1958, FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang dan telah meluluskan cadangan tersebut dan Lurah Bilut dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.

Kalau hendak diikutkan Lurah Bilut ialah rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan di seluruh dunia. Kumpulan peneroka pertama pada masa itu terdiri daripada orang yang sebelum itu berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.

Dengan tradisi roll call setiap awal pagi, dan pelbagai kenangan pahit manis membangunkan tanah kini FELDA sudah tidak seperti dulu lagi. Kejayaan yang dicipta amat banyak.

Pada 10 Disember 2007, Perdana Menteri masa kini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lapan inisiatif untuk membangunkan belia FELDA sebagai kumpulan generasi yang baru yang dilaksanakan pada tahun kemudiannya 2008.

Antaranya ialah pembangunan sukan di FELDA telah dipertingkatkan dengan pembinaan kompleks sukan komuniti dan gelanggang futsal untuk memastikan generasi dan warga FELDA sihat.

Kemudian ada juga untuk membantu generasi FELDA melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan melalui Skim Inisiatif Usahawan FELDA (SIUF).

Ada pembangunan projek perumahan dilakukan di Bukit Goh, Mempaga, Lepar Hilir, Keratong di Pahang dan Pasak di Johor sejajar dengan usaha untuk membandarkan kawasan FELDA.

Sejak penubuhan FELDA, badan itu tidak pernah lari dari tujuan utamanya iaitu untuk menjaga kesejahteraan peneroka. Objektif asal penubuhan FELDA ialah untuk membasmi kemiskinan tetapi ia telah lama dicapai dan kini dalam objektif lain untuk meningkatkan taraf hidup 112,635 peneroka yang setia bersamanya.

Ramai yang mungkin tak tahu, di bawah FELDA ada Skim Pembesaran Rumah yang turut diberikan dengan nilai pinjaman maksimum RM40,000 untuk keselesaan warga peneroka. Kesannya, di FELDA seluruh negara sudah ada banyak banglo-banglo yang cantik dalam kawasan tanah rancangan dengan keluasan lebih 3,000 kaki persegi.

Bermula dari hari ini sehingga 23 Julai 2017, warga peneroka akan hadir berkumpul di Dataran Putrajaya untuk menzahirkan sokongan mereka kepada FELDA serta menyaksikan catatan kejayaan FELDA yang telah dilakar selama 60 tahun sejak kewujudannya sempena Hari Peneroka FELDA Kebangsaan ke-60 2017.

Kali ini ia akan diraikan selama tiga hari dengan pelbagai program menarik diatur termasuk kehadiran ikon animasi Upin dan Ipin di Presint 3.

Bukan sahaja FELDA terbukti terbaik dan hanya satu seumpamanya di dunia, tapi FELDA terus gah memelihara kebajikan masa depan peneroka di seluruh negara. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*