Ekspresi Felda : Dari Peneroka Untuk Peneroka

Share This:

Sejak 60 tahun yang lalu, Felda diiktiraf sebagai sebuah badan kerajaan yang membela nasib penduduk luar bandar apatah lagi kepada kaum Melayu yang dahulunya hidup dalam kemiskinan. Hasil ilham dan idea Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, maka tertubuhlah Felda yang diharapkan mampu melonjakkan taraf ekonomi penduduk luar bandar dan kaum Melayu khasnya.

Hari demi hari, tahun demi tahun, Felda hari ini muncul sebagai sebuah konglemerat yang cukup disegani di negara ini. Dengan keseluruhan 54 buah Gugusan Felda yang ada di seluruh Malaysia, Felda disifatkan sebagai sebuah usaha berterusan kerajaan yang paling berjaya, bukan sahaja di negara ini malah diseluruh dunia.

Bertitik tolak dari sinilah Felda menganjurkan karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia. Karnival ini bermula pada hari ini sehingga 23 Julai di Dataran Putrajaya. Apa yang menarik untuk di perkatakan adalah, kesemua peserta termasuk booth-booth jualan adalah datangnya dari anak-anak Felda dari seluruh negara.

Mungkin ada yang ingin mengetahui, apa yang bakal disajikan di karnival ini. Berikut merupakan aturcara Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia.

Hari pertama (21 Julai 2017)

Jam 3 petang – Pertandingan Futsal antara Parlimen yang membabitkan kesemua 54 Parlimen yang akan berlangsung di Kompleks Futsal 1 Malaysia Presint 18

Jam 9 malam – Felda Berselawat yang dijangka bakal dihadiri oleh kesemua pengunjung.

Jam 9.30 malam – Forum Perdana Ehwal Islam yang akan membawa tajuk Ekspresi Felda Negaraku Malaysia “bakti disemai, bukti dituai” yang akan berlangsung di Pentas Utama Dataran Putrajaya.

Hari kedua (22 Julai 2017)

Jam 7 pagi – Fun Ride dan Fun Run

Jam 8 pagi – Zumba

Jam 9 pagi – Bicara TN50 di Dewan MoF, pertandingan memasak -Dapur Felda bersama Chef Wan, Autoshow dan big bikers dan Program The Fighters.

Jam 9.30 pagi – Pertandingan Pentas Muzik (Suara Emas dan Generasi Baharu) dan pertandingan Zapin

Jam 10.30 pagi – Pertandingan Dikir Barat

Jam 11 pagi – e-Usahawan #Youcanduit berlangsung di Dewan MOF dan pertandingan treassure hunt

Jam 12.30 tengah hari – Pertandingan Busking

Jam 2 petang – Pertandingan Filem Pendek di Dewan MoF dan pertandingan Pentas Muzik

Jam 3 petang – Perlawanan akhir bola sepak Piala Pengerusi Felda di Padang Pancarona

Jam 5 petang – Perlawanan Persahabatan bolasepak antara pasukan utama Felda United menentang selebriti

Jam 9 malam – Konsert Ekspresi Felda Negaraku, Artis Felda dan seleberiti tanah air.

Hari ketiga (23 Julai 2017)

Jam 7.30 pagi – Pertandingan Deklamasi Puisi

Jam 8.30 pagi – Persembahan Pemenang Pertandingan Suara Emas, Suara Generasi, Artis ISKAF dan pelajar LUCT

Jam 10 pagi – Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan kenamaan yang lain sebelum majlis perasmian penutupan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia diadakan.

Bagi menjayakan karnival ini, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival yang diadakan buat julung-julung kalinya ini. Selain daripada pelbagai aturcara yang diatur, pameran, jualan murah, dan produk IKS juga di sediakan di semua booth-booth di Dataran Putrajaya.

Tidak ketinggalan juga orang ramai terutamanya kanak-kanak boleh meneroka Felda bersama Upin dan Ipin serta bergurau senda dengan watak Ultraman Ribut yang turut di sediakan di sini. Apa tunggu lagi, jemputlah beramai-ramai bagi memeriahkan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia ini.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*