Pita Suara Rosak, Adele Terpaksa Guna Bahasa Isyarat

Share This:

‘Kehilangan’ suara adalah mimpi ngeri bagi kebanyakan penyanyi di dunia ini. Tanpa suara, bagaimana seorang penyanyi dapat menzahirkan keghairahan mereka dalam bidang nyanyian, kan?


Dan baru-baru ini, The Sun melaporkan penyanyi bersuara emas Adele, terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi berikutan gangguan pada pita suaranya.


Ketika dia membatalkan dua konsert yang dijadualkan pada awal bulan ini di Stadium Wembley, London, Adele menyuarakan kebimbangannya kalau-kalau dia tidak dapat menyanyi lagi selepas ini.


Sementara menunggu pita suaranya pulih, Adele dinasihatkan untuk berdiam diri sahaja bagi memberi ruang pita suaranya untuk sembuh.





Media melaporkan, Adele terpaksa berdiam diri sepanjang membuat lawatan bagi memilih sekolah untuk anaknya, Angelo, 4, dan terpaksa menyerahkan segala perbincangan kepada suami, Simon Konecki.


Adele tidak mengeluarkan walau sepatah perkataan meskipun dihampiri orang ramai yang bertanyakan kenapa dia hanya berdiam diri. 


Difahamkan, Adele hanya membuat beberapa isyarat tangan secara rambang yang ‘direkanya’ untuk berkomunikasi dengan suami.



Foto: IG Adele



Tambah sumber, pasangan berkenaan akan kembali ke United Kingdom (UK) sepenuh masa.


Lawatan sekolah berkenaan menguatkan lagi khabar berkenaan yang dilihat sebagai persiapan mereka untuk berpindah dari Los Angeles.


Diharap Adele bersabar dengan dugaan ini dan cepat sembuh.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*