Penyamun Ceroboh Rumah, Suami Maut Dan Isteri Parah Ditetak

Share This:

Baru-baru ini, pesara tentera ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah, manakala isterinya parah dalam kejadian dipercayai samun bersenjata, di Taman Bukit Terendak.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa, pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia selepas ditetak dengan parang.

Isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.

Sabturiah segera dibawa ke Hospital Melaka untuk dirawat, manakala mayat suaminya dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Seorang daripada jiran mangsa, Rokiah Saleh, 59, memberitahu, jiran sebelah rumah mangsa mendengar jeritan minta tolong daripada Sabturiah, sebelum keluar mendapati wanita itu terduduk di longkang hadapan rumahnya.

“Dia beritahu ada orang masuk rumah bersenjata parang. Saya terus layan dia bercakap kerana bimbang dia pengsan akibat kehilangan banyak darah.

“Dia minta saya dan jiran lain tengokkan suaminya dalam rumah, tapi kami semua perempuan, bimbang penjenayah masih berada dalam rumah,” jelasnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*