Panucci Jurulatih Baharu Albania

Share This:

ALBANIA menamakan bekas pemain Real Madrid, AS Roma dan juga pertahanan Itali, Christian Panucci sebagai jurulatih baharu mereka menggantikan Gianni De Biasi yang meletak jawatan bulan lalu.

Albania terlepas peluang untuk mara ke aksi Piala Dunia tahun depan dan presiden persekutuan bola sepak itu, Armand Duka berkata tugas pertama Panucci adalah membantu pasukan mara ke saingan Euro 2020.

Duka berkata bekas penyerang Itali, Paolo Di Canion dan Alberto Malesani dan Clarence Seedorf dari Belanda antara calon lain dalam radar Albania.

“Ia satu proses yang panjang dan bukan mudah untuk buat keputusan berhubung perkara ini.

“Saya amat yakin kami sudah membuat pilihan yang tepat,” katanya.

De Biasi pernah mengemudi Albania mara ke pentas Euro 2016 buat pertama kalinya dan dianggap sebagai jurulatih terbaik pasukan itu.

Panucci, sebaliknya mempunyai pengalaman yang terhad.

Dia merupakan pembantu jurulatih Rusia, Fabio Capello pada aksi Piala Dunia 2014.

Pengendali berusia 44 tahun itu pernah membimbing pasukan Serie B, Livorno dan Ternana.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*