Orang Membantah? Fattah Amin Peduli Apa

Share This:

“Saya tidak tahu hujung pangkal pun.”

 
Kasihan Fattah Amin yang tak tahu menahu langsung mengenai petisyen bantahan daripada peminat drama Korea Selatan terhadap syarikat produksi Cube Film Sdn Bhd berhubung wataknya sebagai hero drama ‘remake’ Coffee Prince versi Melayu, Sabtu lalu.
 
 

Foto: IG Fattah Amin
 
Memetik Harian Metro, Fattah hanya menyedari perkara itu kelmarin selepas pulang menjalani rakaman program TV di Hutan Belum, Perak.
 
“Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar.
 
“Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya,” katanya.
 
Menurut laporan Harian Metro, petisyen itu dibuat menerusi laman web Gopetition yang turut menyebut Fattah tidak layak memegang watak utama yang asalnya dilakonkan Gong Yoo.
 
 

Foto: DramaFever
 
Difahamkan, Michael sebelum ini pernah bertemu dengan Fattah untuk menawarkan watak utama berkenaan, namun belum membuat sebarang kata putus.
 
“Tak dinafikan saya sangat selesa bekerja dengan Michael yang banyak membantu menaikkan nama saya. Namun, tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.
 
“Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.
 
Ala, orang benci-benci pun, mesti nak tengok juga nanti sebab nak banding-bandingkan dengan Gong Yoo. Betul tak?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*