Morata Dedah Sebab Pilih Chelsea Berbanding United

Share This:

BAKAL penyerang baharu Chelsea, Alvaro Morata akhirnya mendedahkan punca dia memilih juara Liga Perdana Inggeris itu berbanding Manchester United.

Penyerang Real Madrid tersebut yang bersetuju dengan kontrak ditawarkan Chelsea, pada awalnya dijangka menyertai United selepas Red Devils gagal memancing Antoine Griezmann.

Namun United enggan memenuhi kehendak Real Madrid yang mahukan jumlah perpindahan mencecah 75 juta pound sterling menyebabkan kelab Manchester itu mengeluarkan belanja yang sama bagi mendapatkan Romelu Lukaku dari Everton.

Chelsea yang juga inginkan khidmat Lukaku, mengambil peluang mendapatkan Morata dan mengumumkan kedua-dua kelab sudah bersetuju dengan nilai perpindahan Morata ke Stamford Brigde.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata kepada akhbar tempatan, dia berasa gembira kerana dengan izin Tuhan, akhirnya dia menyertai Chelsea.

“Esok (Khamis) saya akan berada di Chelsea, kelab yang sentiasa mahukan saya.

“Saya tidak kecewa (meninggalkan Real). Saya menang empat gelaran di sini (Real), dan kini saya hanya memikirkan untuk menyarung jersi Chelsea.

“Saya mahu mengembangkan karier, jika tidak pasti saya kekal di sana.

“Saya mahu berterima kasih kepada Zidane (pengurus Real) dan semoga berjaya pada musim depan,” katanya.

Selain itu, Morata mendedahkan, bos Chelsea, Antonio Conte memainkan peranan besar yang mempengaruhi keputusannya untuk menyertai kelab London itu.

“Saya akan bermain untuk pasukan yang dikendalikan oleh jurulatih yang meletakkan kepercayaan kepada saya, dan ia amat menyenangkan buat saya,” katanya. – Mirror.uk

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*