Mia Ahmad Bengang Dituduh Suka Spot Check Suami

Share This:

Kasihan juga dengan pelakon Mia Ahmad yang dikatakan tidak percaya dengan suaminya, sehingga melakukan ‘spot check’ di tempat kerjanya. 


Dilaporkan keduanya sememangnya tidak duduk bersama lantaran tuntutan kerja suaminya sebagai pemain JDT.


Mia bagaimanapun menganggap dakwaan tersebut sebagai satu tuduhan yang melampau dan juga fitnah, seperti yang dilaporkan Harian Metro. 


“Saya tidak tahu bagaimana kenyataan itu boleh timbul. 

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan membuat kunjungan atau ‘spot check’ terhadap suami saya.

“Dakwaan blogger terbabit adalah satu tuduhan yang melampau dan fitnah,” katanya yang nyata kecewa. 

Katanya lagi, tuduhan tersebut turut membuatkan suaminya berasa kurang senang.

“Mujur suami percayakan saya kerana dia tahu saya tidak suka terlalu terbuka untuk berkongsi hal rumah tangga kepada umum.

“Kami juga lihat perkara ini sangat negatif dan boleh menjejaskan hubungan. Namun saya bersyukur kami saling mempercayai antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Foto: Malay Mail

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*