Mahathir Sebenarnya Hanya Alat Pakatan, Setaraf Boneka

Share This:

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sebenarnya bukan pemimpin utama dalam Pakatan Harapan (PH) tetapi sebenarnya adalah alat seumpama boneka untuk dipergunakan oleh parti-parti dalam pakatan itu.

Kenyataan beliau bahawa beliau adalah ‘top dog’ hanyalah kenyataan syok sendiri yang mahu menunjukkan kepada orang lain kononnya dia yang berkuasa.

Entah-entah kenyataan itu pun dibuat kerana disuruh oleh DAP supaya rakyat percaya bahawa Mahathir yang sebenarnya ada kuasa mutlak dalam PH.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang sebenarnya menjadi Ketua Pembangkang tetapi beliau tidak ditonjolkan dalam carta kepimpinan PH.

“Sama ada beliau (Dr Mahathir) sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat, hakikatnya diktator sebenar pembangkang adalah Lim Kit Siang.

“Parti Dr Mahathir hanya mempunyai satu kerusi Parlimen berbanding DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pihak pembangkang sebanyak 38 kerusi.

“Maka, secara realitinya, Lim Kit Siang adalah ketua sebenar dan Dr Mahathir hanyalah sekadar boneka,” kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan semalam.

Kalau anda hendak tahu, senarai nama pemimpin Melayu yang konon ramai dalam PH itu hanyalah mahu menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP yang ada dalam pakatan itu.

Minggu lepas, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden).Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai Timbalan Presiden.

Menyentuh mengenai tindakan Dr Mahathir mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ anjuran Armada PPBM, Tengku Sariffuddin mempersoalkan perkara itu kerana sepanjang menjadi perdana menteri, Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat bersama musuh-musuh politiknya.

“Dr Mahathir tidak pernah mengadakan debat ‘town hall’ bersama musuh-musuhnya politiknya selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri,” katanya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*