Mahathir Sangka Dia Setaraf Najib, Padahal Wan Azizah Ketua Pembangkang

Share This:

Nampaknya Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad betul-betul perasan apabila menyatakan dirinya adalah setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudah jadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Beliau lupa yang sebenarnya setaraf seumpama Najib ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau mengetuai pakatan dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Mahathir hanya seorang Pengerusi dalam satu pakatan yang belum didaftarkan pun dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mahathir kata secara tidak rasmi kedudukannya sama seperti Najib dalam kenyataan kepada wartawan pada 18 Julai lepas. Itu jelas kenyataan angan-angan kerana Mahathir sebenarnya belum sah jadi Pengerusi sebuah gabungan kerana ia belum lagi diterima pendaftarannya.

Sebenarnya, dia sudah berasa pemimpin-pemimpin parti dalam Pakatan Harapan tidak menerima dengan baik kehadiran beliau khususnya pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Oleh sebab itu, Mahathir cepat-cepat mahu memartabatkan dirinya sebagai ketua dalam PH memandangkan tiada seorang pun pemimpin parti utama dalam pakatan itu yang mengeluarkan kenyataan berbaur gembira menerima Mahathir sebagai Pengerusi mereka.

Dalam kenyataan beliau juga, bekas Perdana Menteri itu sudah awal-awal menyatakan bahawa dia yang akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH nanti sedangkan gabungan itu belum pun lagi sah hidup dalam kancah politik negara.

Jika Mahathir mahu setaraf dengan Najib pun, beliau perlu bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, menang dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang barulah ada jawatan setaraf seperti Najib tetapi mengetuai pembangkang.

Kenyataan Mahathir sejak kebelakangan ini makin berbaur kejahatan dan penuh keangkuhan demi berkuasa sebagai Perdana Menteri di Malaysia.

Belum lagi jadi Ketua Pembangkang sudah awal-awal cuba pintas Wan Azizah yang memang dilantik sebagai Ketua Pembangkang secara rasmi selepas jadi wakil rakyat. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*