Mahathir Sanggup Jadi Top Dog Pada DAP PKR Semata-Mata Takut RCI Forex

Share This:

Kalau dalam sejarah Melayu iaitu sejarah negeri Melaka, ada kisah seekor Pelanduk telah menendang seekor anjing dalam kisah Putera Raja Palembang, Parameswara. Anjing buruan Parameswara telah ditendang oleh seekor Pelanduk puting sehingga anjing terjatuh dalam sungai.

Dari awal sejarah Melaka, anjing sudah dianggap sebagai haiwan hina dan kotor serta tidak diterima dalam budaya adat Melayu Islam. Dalam Islam, ia juga diletakkan sebagai najis paling berat dan perlu dicuci dengan kaedah tertentu kerana terlalu kotor.

Jadi, mengapa Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad mengibaratkan dirinya seperti anjing walaupun maksud sebenarnya ialah beliau mahu menyatakan dirinya adalah pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan (PH) selepas dilantik sebagai Pengerusi.

“Dalam hierarki top dog (anjing paling dominan atau pemimpin dominan),” kata Mahathir dalam sidang media di Putrajaya.

Mungkin ini satu balasan kepada Mahathir yang gemar mengkritik kepimpinan negara yang telus dan baik sampai membuatkan dirinya sendiri mengambil perumpamaan anjing itu untuk menggambarkan dirinya seorang pemimipin.

Gelak tawa tercetus apabila Mahathir menggunakan perkataan dog dalam sidang media itu memperlihatkan para wartawan juga tak menyangka seorang bekas Perdana Menteri sanggup menggelarkan dirinya ibarat anjing.

Kenyataan angkuh ini juga mesti dibuat oleh Mahathir untuk menyatakan dengan lisan bahawa beliau pemimpin paling tinggi supaya mudah memberikan arahan kepada pemimpin di bawahnya khususnya Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana dirinya amat takut ketika ini berdepan siasatan dengan RCI berkenaan.

Mahathir boleh arahkan mereka khususnya pemimpin DAP dan PKR untuk buat apa sahaja terutama jika dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal wang asing (Forex) yang akan memulakan siasatan tidak lama lagi untuk beri keterangan.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipetik berkata bahawa beliau berjanji akan memberi kerjasama penuh dengan RCI untuk menyiasat kerugian akibat urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM).

“Saya akan berikan kerjasama penuh kepada RCI ini serta memberikan fakta secara telus tetapi, tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik,” katanya.

Nampaknya seakan ada dendam Anwar kepada Mahathir kerana beliau seakan-akan menyokong penubuhan RCI Forex berbanding parti dalam PH yang mahukan RCI ditubuhkan untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya Forex,

Sekitar tahun 90-an, Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Mahathir ketika skandal itu dikatakan berlaku.

Dalam hal pemimpin pakatan ini, veteran DAP pun tidak berminat mahu memberikan komen panjang lebar seakan-akan tidak menerima Mahathir sebagai pemimpin mereka dalam pakatan itu.

Mahathir sudah begitu bimbang dan takut untuk disiasat oleh RCI kerana kerugian yang ditanggung oleh BNM pada ketika itu. Perkara pertama ialah kenapa Mahathir gagal untuk menubuhkan satu RCI pada ketika itu kerana kerugian yang berlaku pada ketika itu begitu besar melibatkan berbilion Ringgit.

Dengan sanggup mengaku dirinya anjing, Mahathir kini kononnya merasakan dirinya mampu mengawal DAP dan PKR daripada mengkhianatinya dengan memberikan kenyataan yang bakal mengaitkan Mahathir sebagai dalang kerugian pihak BNM. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*