Inilah Masa Untuk Ambil Tindakan…

Share This:

DAP semakin hari semakin berani mencabar kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan keegoan mereka. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap bertegas untuk tidak mengadakan pemilihan semula jawatankuasa pusat DAP seperti yang diarahkan oleh ROS.

Agak menghairankan, apa yang digentarkan oleh ROS terhadap DAP sehingga mereka hanya mampu memberikan arahan pemilihan semula? Bukankah terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa sekiranya sesuatu pertubuhan itu enggan akur kepada arahan ROS, pertubuhan berkenaan akan digantung dan besar kemungkinan akan dibatalkan?

Namun apa yang berlaku, ROS nampaknya seakan-akan takut pada bayang DAP sehinggakan hanya berani memberi arahan tetapi enggan mengambil tindakan tegas, walaupun kes ini sudah lebih tiga tahun berlalu.

Di pihak DAP pula, mereka seolah-olah akur kepada apa sahaja yang diputuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Walaupun memang terdapat desakan kuat dari akar umbi parti, namun bagi Lim Guan Eng, dia lebih mengutamakan jawatan dan cuba mempertahankan Dinasti Lim yang menguasai DAP sejak 1966 dari akur kepada perintah ROS.

Apa yang agak gagal difahami adalah, bukankah ROS mempunyai kuasa yang secukupnya untuk mengambil tindakan tegas terhadap DAP yang secara jelas telah melanggar undang-undang ROS? Jika ada pertubuhan lain yang melanggar ketetapan yang digariskan ROS, tindakan tegas pantas di ambil. Namun dalam kes DAP, sudah memasuki usia 3 tahun, belum ada apa-apa tindakan tegas diambil.

Dalam hal ini, satu ketegasan wajar diguna pakai untuk memberi pengajaran kepada semua pihak bahawa undang-undang tidak mengenal siapa. Benar, DAP hari ini seperti dilindungi oleh Majlis Peguam yang rata-ratanya adalah ahli DAP ataupun parti pembangkang yang lain. Namun ianya bukanlah satu lesen untuk mereka secara berterusan mencabar kewibawaan ROS.

Jika terbukti bersalah, berhenti dari hanya mengeluarkan siri arahan. Inilah masa untuk menunjukkan ketegasan sebenar supaya DAP sendiri belajar apa itu erti undang-undang yang sebenar. Bukan baru sebulan dua, tetapi sudah memasuki usia lebih tiga tahun mereka sewenang-wenangnya memperolokkan ROS. Adakah ROS hanya mahu mendiamkan diri sahaja?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*