Felda Komited Bina Perumahan Generasi Kedua

Share This:

KUALA LUMPUR – Usaha Felda untuk membantu menyelesaikan masalah perumahan generasi baharu Felda terbukti apabila agensi tersebut menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) bagi melaksanakan projek pembinaan rumah mampu milik .

Langkah tersebut di ambil bagi memastikan anak-anak Felda yang tinggal di tanah rancangan mempunyai kediaman yang selesa dengan harga yang sangat berpatutan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada April lalu telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama SPNB.

Melalui persefahaman itu, Felda dan SPNB bakal membina kira-kira 20,000 unit rumah dan kerja awal seperti sukatan tanah telah mula dijalankan.

Shahrir yang ditemui ketika majlis MoU tersebut menjelaskan, pihaknya juga akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri agar perumahan tersebut bukan sekadar mampu milik, tetapi juga mampu dibayar.

Isu perumahan terus mendapat perhatian apabila generasi baharu Felda diberi peluang untuk memiliki kediaman sendiri menerusi Program Perumahan Berperancangan khusus untuk golongan itu, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Menerusi program tersebut, Felda akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mengenal pasti lokasi di tanah rancangan itu yang sesuai untuk dibangunkan sebagai tapak kediaman.

Caranya sangat mudah, pemohon yang terpilih hanya perlu membuat permohonan pinjaman perumahan dengan SPNB dan seterusnya Felda akan membantu membina kediaman tersebut.

Dalam perkembangan lain, Felda menyasarkan untuk membina 4,990 unit rumah menerusi projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) pada tahun ini.

Setakat ini sebanyak 26 unit rumah telah siap sepenuhnya dan diduduki di Felda Padang Piol, Pahang manakala 80 rumah lagi di Felda Sungai Tiang, Kedah .

Projek PGBF yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 menyasarkan pembinaan 20,000 rumah pada harga berpatutan untuk generasi kedua Felda.

Bagi projek perumahan Sentuhan Kasih pula, pemohon bukan sahaja bakal memiliki kediaman mampu milik dengan haga yang rendah malah mereka berpeluang menambah pendapatan menerusi projek ekonomi dikawasan penempatan tersebut.

Setakat ini projek tersebut telah dijalankan di Felda Tenggaroh, Johor; Felda Chini, Pahang; Felda Laka Selatan, Kedah dan di Felda Palong 16, Jempol, Negeri Sembilan.

Setiap projek melibatkan 100 peserta yang akan terlibat dalam kegiatan ekonomi antaranya ternakan ikan, rock melon, limau kasturi dan ayam kampung. Melalui projek tersebut ia akan membantu meringankan beban peserta untuk menampung kehidupan termasuk membayar pinjaman rumah.

Info Grafik Bajet 2017 – Meningkatkan Pemilikan Rumah

1. Membina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga
RM40,000 – RM50,000 per unit (RM200 juta) – Kerajaan membiayai RM20 ribu dan baki
dibayar secara ansuran oleh pemilik

2. Membina 9,850 unit baharu & menyiapkan 11,250 unit rumah PPR (RM710 juta)

3. Membina 30,000 unit rumah di atas tanah Kerajaan di lokasi strategik pada harga
RM150,000 – RM300,000

4. Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar
lebih rendah dari kadar pasaran

4. Membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat SPNB dengan subsidi pada RM20,000 per unit
(RM200 juta)

5. Skim step-up end-financing khas rumah PR1MA, dengan kerjasama Bank Negara, KWSP
dan bank

6. Pengecualian duti setem bagi surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan
untuk pembelian rumah pertama dalam tempoh 1 Januari 2017 – 31 Disember 2018

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*