“Despacito” Diharamkan Di RTM

Share This:

Baru-baru ini, Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) mendesak pihak berkuasa mengharamkan sebuah lagu nyanyian bersama artis antarabangsa terkenal Justin Bieber bertajuk “Despacito”.

 
Ini kerana menurut pengerusi biro kesenian dan kebudayaannya Atriza Umar, lirik lagu dalam bahasa Sepanyol dan Inggeris itu berunsur lucah.
 
Difahamkan, sebahagian lirik lagu itu berbunyi: “Biar saya bernafas perlahan-lahan di lehermu, Biar saya tanggalkan pakaianmu perlahan-lahan dengan ciuman, memasuki dinding labirin anda dan menjadikan seluruh tubuhmu satu manuskrip.”
 
Sehubungan itu, kelmarin semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diarahkan menghentikan siaran lagu popular itu serta-merta.
 
Memetik laporan Bernama, menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.
 
“Oleh itu, kami meminta stesen radio lebih sensitif terhadap norma tempatan dan melakukan penapisan sendiri ke atas lagu itu, sama ada menghentikan siarannya atau memotong sebahagian audio lagu itu.”
 
Bagaimanapun, Salleh berkata, lagu itu masih boleh didapati melalui saluran lain, khasnya dalam talian.
 
Dilaporkan Lagu berkenaan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia dan setakat ini ditonton lebih 2 bilion kali di YouTube.
 
Lagu “Despacito” turut mempunyai versi bahasa Melayu yang bertajuk “Incognito” dan kini mencecah hampir 8 juta tontonan di YouTube.-
 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*