Berpesta Dadah Di Hotel, 8 Artis Indonesia Dicekup Polis

Share This:

Hasil siasatan dan intipan selama dua minggu, pihak polis berjaya menahan sekumpulan lapan artis termasuk seorang penghibur popular yang dikenali Pretty Asmara yang dipercayai sedang berpesta dadah.

Dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah bilik dan bilik karaoke di sebuah hotel di Jakarta sekitar tengah malam kelmarin, 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel telah dijumpai polis.

Selain itu, 1.12 gram sabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dirampas dalam bilik karaoke tempat artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono berkata, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (kira-kira RM7,500) yang dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

“Seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu sedang giat dikesan pihak polis.”

Dilaporkan, sejak kebelakangan ini berita salah guna dadah di kalangan artis Indonesia semakin berleluasa dan sebelum beberapa artis popular juga pernah ditahan kerana terbabit kes seumpama itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*