Bayi Tertelan Keronsang, Tersangkut Pada Paru-Paru

Share This:

Memang menjadi lumrah seorang bayi selalunya akan memasukkan barang yang berada berhampirannya ke dalam mulut, oleh itu semua penjaga perlulah mengambil perhatian sepenuhnya ketika menjaga anak kecil.

Memetik laporan Harian Metro, bertempat di Ipoh, Perak, seorang bayi lelaki berusia 10 bulan terpaksa dibedah selepas tertelan pin tudung atau kerongsang bersaiz tiga sentimeter Jumaat lalu ketika didukung ibunya. 


Kemudian bayi berkenaan dikejar ke Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tertelan aksesori tajam itu.


Sebelum ini, tersebar luas di media sosial satu rakaman video hampir dua minit yang memaparkan sekumpulan petugas hospital memasukkan kamera yang dipasang pada alat yang dikenali sebagai bronchscope ke paru-paru bayi itu. 


Difahamkan tindakan itu untuk mengenalpasti kedudukan pin yang tersangkut pada organ bayi itu sebelum pembedahan.


Sementara itu, jurucakap HKL berkata pin yang tersangkut pada paru-paru bayi itu akhirnya berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan yang dijalankan kelmarin. 


“Mangsa kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor,” katanya.


Kejadian tersebut mulai tular sejak kelmarin apabila beberapa gambar dan satu video menunjukkan imej sinar-X bayi terbabit dengan pin masih berada di bahagian dada.

sumber : The Reporter

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*