Video Buaya Hantar Mayat Orang Lemas Ke Tebing

Share This:

SATU rakaman video menunjukkan seekor buaya menolak mayat seorang lelaki ke tebing, seperti menghantar mayat berkenaan kepada penduduk yang mencari mangsa kini tersebar di Indonesia, termasuk di media sosial, hari ini.Menurut laporan Tribun Kaltim, kejadian berlaku di sungai Biatan Lempake, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.

Mangsa yang mati itu dikenali sebagai Syarifuddin, penduduk tempatan yang hilang sejak semalam.

Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mati lemas atau mati akibat disambar buaya kerana ketika ditemui, buaya berkenaan sedang menggonggong mayat mangsa di tengah sungai.

Menurut jurucakap polis di Talisayan, Iptu Faisal Hamid, orang ramai yang menyusur sungai bagi mencari mangsa menjerit meminta buaya itu melepaskan mayat berkenaan.

Anehnya buaya menolak mayat ke tepi dan melepaskannya di pinggir sungai.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*