Undi Pembangkang, Masa Depan Peneroka FELDA Akan Terjejas

Share This:

Para pengundi di kawasan FELDA memberikan komimen tidak akan mengundi pakatan pembangkang khususnya parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti kerana ia bakal merosakkan masa depan mereka.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata beliau melihat keyakinan tinggi pengundi di tanah rancangan FELDA terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dengan keyakinan pengundi Felda kepada pemerintah ini, maka hasrat Pakatan Harapan untuk bertapak di Felda adalah angan semata.

“Ini kerana warga Felda menyedari memberi sokongan kepada Pakatan Harapan boleh menjejaskan masa depan mereka,” kata Salleh dalam blognya hari ini.

Menyifatkan FELDA sangat disayangi orang Melayu kerana kejayaannya mengubah taraf hidup golongan miskin di luar bandar, Menteri Multimedia dan Komunikasi itu berkata sememangnya FELDA adalah deposit untuk BN.

“Berdasarkan keputusan PRU 2013, peratusan pengundi FELDA yang mengundi UMNO/BN cukup signifikan.

“Peratusan tertinggi ialah Sabah (92 peratus), Johor (86 peratus), Perlis (78 peratus), Negeri Sembilan (77 peratus), Perak (75 peratus), Melaka (74 peratus), Kedah (74 peratus), Selangor (73 peratus), Terengganu (67 peratus), Pahang (67 peratus), dan Kelantan (61 peratus),” kata bekas Speakar DUN Sabah itu.

Tegas Salleh (foto), dengan sokongan peneroka tanah rancangan berkenaan kepada kerajaan yang sedang memerintah, Pakatan Harapan berhadapan kesukaran memenangi kerusi FELDA dalam PRU ke-14.

“Ini kerana jasa pemerintah yang ditunjangi oleh UMNO banyak memberi bantuan kewangan dan subsidi, bonus tahunan, menjaga kebajikan mereka, dan pelbagai bantuan lain.

“Secara amnya, jasa ini memberi keyakinan kepada mereka bahawa parti pemerintah (BN) adalah parti terbaik untuk mengurus negara,” katanya lagi.

Sementara itu, bermula Jumaat ini, warga peneroka sudah pasti akan beramai-ramai hadir ke Putrajaya untuk meraikan Hari Ekspresi FELDA Negaraku sempena Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017.

Sasarannya ialah kira-kira 50,000 orang bakal hadir ke Putrajaya dan mungkin lebih ramai akan hadir memeriahkan kawasan Putrajaya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*