Pakatan Pembangkang Kini Cuba Tarik Simpati Rakyat

Share This:

Pakatan pembangkang ini, kalau tidak apa yang dibuatnya gagal, mereka mesti akan lakukan pula sesuatu untuk raih simpati dari rakyat untuk kepentingan mereka.

Ketika ini, langkah kononnya mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) ini juga satu perangkap untuk menagih simpati dari rakyat Malaysia dari kumpulan pengundi khususnya.

Selepas mengumumkan logo dan barisan pemimpin dalam Majlis Presiden PH, pada 14 Julai lalu, kemudian sampai ke hari ini tidak ada apa perkembangan terbaru antara PH dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan pendaftaran gabungan itu.

Bila pemimpin dalam PH akan menyerahkan dokumen untuk pendaftaran kepada pejabat ROS di Putrajaya supaya mencerminkan betapa seriusnya mereka mahu bergerak sebagai satu dalam gabungan parti-parti pembangkang.

Walaupun sudah lantik orang ini ke jawatan tetapi proses masih belum dijalankan dalam mendaftarkan pakatan itu sebagai sah menunjukkan ada perkara disembunyikan di sebalik perkara itu.

Mereka sengaja melambatkan proses penyerahan itu sehingga ia akan menjadi masalah iaitu dokumen lewat diserahkan sehingga nanti ROS tidak ada masa yang cukup untuk memprosesnya atau ROS akan menolak pendaftaran PH.

Parti PKR, DAP, PAN dan PPBM kemudian akan gunakan perkara itu hendak salahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan atas alasan hendak tamatkan riwayat parti DAP.

Kemudian, dalam soal isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang masih berlarutan. Selepas kira-kira dua minggu pihak ROS mahu DAP mengadakan semula pemilihan CEC sehingga kini masih enggan menjalankannya.

Selepas pihak ROS sudah menyerahkan surat supaya DAP ikut arahan itu, DAP masih takut untuk adakan pemilihan malahan meneruskan tugas walaupun pemimpin CEC tidak disahkan jawatan mereka dalam ROS. Depan rakyat mereka mahu simpati tunjukkan seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan ROS untuk kepentingan mereka.

Kemudian, pembangkang kini sedang merancang untuk adakan program Nothing To Hide 2.0 untuk meletakkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan nilai rendah di depan rakyat. Program berkenaan ialah satu forum yang digunakan untuk menjawab semua soalan tapi ia dianjurkan oleh pembangkang.

Ia akan jadi berat sebelah. Malah pembangkang sebenarnya tahu Najib boleh memilih untuk tidak hadir pada program berkenaan kerana ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

Perangkapnya ialah, Najib akan didakwa sebagai pengecut dan penakut kerana tidak mahu hadir padahal Najib sudah menjawab segala persoalan berkenaan semua isu yang dibangkitkan oleh pakatan yang didalangi oleh Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad.

Mereka merancang perangkap tarik simpati rakyat untuk tutup lubang kesalahan mereka yang besar dan sudah tak mampu disembunyikan lagi.

Apabila sudah tersepit nanti, mereka akan rancang pula satu perhimpunan haram besar-besaran kononnya sebagai penutup besar segala kegagalan awal berkenaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*