Mahfuz Akan Diperkuda Mukhriz Untuk Pujuk PAS

Share This:

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebenarnya sudah nampak ada mangsa untuk dipergunakan dalam parti PAS untuk diminta supaya mempengaruhi kepimpinan parti itu supaya menyertai Pakatan Harapan (PH) biarpun PAS ketika ini enggan berbuat demikian.

Anak Pengerusi PPBM itu, sebenarnya nampak Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk dipergunakan beliau supaya ia jadi kenyataan.

Ini kerana Mahfuz adalah seorang ahli nakal dalam PAS sampai Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah meminta beliau keluar dari parti jika sudah tidak boleh mematuhi peraturan dan parti kerap mengkritik parti.

Abdul Hadi tidak mahu Mahfuz terus berbuat begitu ke atas PAS dan terus menyerang parti Islam itu.

“Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik,” itu kata Abdul Hadi.

Mahfuz pada masa ini perlukan talian hayat untuk mendapatkan kepercayaan daripada pemimpin PAS untuk terus kekal dalam parti dan mungkin dengan mengajak PAS bersama-sama dengan DAP, PKR dan PPBM semula dalam PH, ia akan berubah.

Sebab itu Mukhriz masih nampak kononnya ada ruang dalam pakatan itu untuk mendapat persefahaman dengan PAS di negeri Kedah.

Menurut bekas Menteri Besar Kedah itu, PAS tidak ada sebarang hubungan dengan PH di peringkat pusat tetapi suasana PH dengan PAS di Kedah adalah berbeza.

“Tiada penyelesaian tunggal dalam politik. Ada orang percaya BERSATU tidak akan menjadi sebahagian daripada HARAPAN tetapi ia akhirnya berlaku,” katanya dipetik Oriental Daily pada 17 Julai.

Bagaimana Mukhriz akan mempergunakan Mahfuz adalah menjadi tanda tanya.

Nampak gaya, PAS dan PH di Kedah akan menjadi cerita yang sama seperti PAS dan pakatan di negeri Selangor seperti mana kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, pakatan lama iaitu Pakatan Rakyat yang turut sama dengan PAS masih wujud biarpun bak kata DAP ia sudah berkubur.

Di dalam PAS, Mahfuz sudah tidak dikehendaki tapi PAS enggan memecatnya sebaliknya mahu beliau keluar sendiri dari parti.

Mukhriz mahu pujuk PAS kerana Mukhriz takut dengan tekad PAS mahu bertanding semua kerusi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menjadikan peluang PPBM mahu menawan PAS akan gagal.

Kalau berunding, Mukhriz boleh mempengaruhi PAS untuk tidak letak calon di semua kerusi malahan memperdaya PAS untuk memberikan lebih kerusi kepada PPBM untuk bertanding seterusnya mendapat majoriti dalam pertandingan PH di Kedah nanti. – pru14.tv 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*