Lukaku Mula Komen Tindakan Mourinho

Share This:

ROMELU Lukaku mula ‘buka mulut’ terhadap tindakan Jose Mourinho sejak pemain kebangsaan Belgium itu menyertai Manchester United seminggu lalu.

Penyerang baharu itu berkata, Mourinho telah memberi tekanan kepadanya sehingga dapat menjaringkan gol pertama dalam perlawanan kedua.

“Mourinho tahu apa yang saya mampu buat untuk pasukan ini dan dia adalah individu yang memberi tekanan.

“Tekanan ini membuatkan saya menjadi lebih baik. Saya rasa telah belajar banyak perkara daripada dia sejak seminggu lalu.

“Ini menjadikan saya lebih baik. Dia mahu saya terus lakukan apa yang saya sedang buat.

“Saya gembira dengan gol pertama itu tetapi banyak lagi cabaran yang akan dilalui.

“Saya sangat gambira sekarang kerana inilah perpindahan yang saya harapkan selama ini,” katanya kepada pemberita.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*