Gobind Singh Perlu Perjelas Money Trail RM1.2 Bilion Dana Dari Israel

Share This:

DAP tidak perlu mendesak mana-mana pihak untuk menjawab apa-apa dakwaan yang sudah lapuk tapi mereka perlu menjawab dakwaan yang masih tidak diberikan sebarang jawapan sampai ke hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo kononnya mencabar Peguam Negara Tan Sri Mohammad Apandi Ali untuk mendedahkan aliran wang RM2.6 bilion iaitu derma dari Kerajaan Arab Saudi kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sudah lupa agaknya bahawa DAP berhutang penjelasan kepada rakyat berkenaan dana RM1.2 bilion yang diterima DAP dari Israel yang sampai sekarang DAP tidak jawab langsung.

Mereka ada nafi terima dana itu tapi apabila disuruh saman pihak yang membuat dakwaan bahawa DAP terima dana itu dengan tukaran akan membenarkan Israel membina pangkalan tentera laut di Port Dickson.

Kata pemimpin DAP, Lim Kit Saing dakwaan itu tidak berasa dan melulu selain melambangkan sikap terdesak dalam politik.

Itu sahajalah jawapan dari DAP tanpa ada dokumen atau langkah seterusnya iaitu menyaman pihak yang membuat dakwaan.

Tuduhan Gobind ini sebenarnya sudah dijawab oleh banyak pihak dari pihak kerajaan, Perdana Menteri sendiri dan Kerajaan Arab Saudi sendiri berkenaan derma itu.

Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir dalam satu kenyataan kepada wartawan kira-kira setahun lepas mengesahkan bahawa dana itu adala derma yang betul dari Arab Saudi tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan beliau juga mengesahkan bahawa Mohamad Apandi sudah melakukan siasatan berkaitan derma berkenaan.

Surat mengesahkan sumber dana dan ke mana baki dana itu disalurkan juga sudah diketahui rakyat hasil jawapan dari pihak berkaitan.

Tapi DAP, bila mereka jawab soalan berkenaan aliran tunai dari Israel ini? Mereka tidak pernah jawab dan sampai sekarang berdiam diri.

Mereka bukan berada di atas kapasiti untuk didesak menjawab kerana mereka bukan kerajaan. Oleh sebab itu, DAP enggan melayan desakan sebaliknya terus menuduh dan buat dakwaan ke ataas Barisan Nasional (BN) dan Najib. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*