Datuk Vida Tak Peduli Kena Kutuk, Yang Penting ‘I Am Me’ Dapat Sambutan

Share This:

“Saya tak peduli apa orang nak kata, yang penting ia dilakukan dengan ikhlas.”


Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida bersikap positif apabila single pertamanya berjudul I Am Me menerima kritikan dari segi mutu nyanyiannya.


Vida, bagaimanapun akui dia terkejut dengan sambutan baik yang diterima dari kalangan peminat.


Sejak dimuat naik di Youtube beberapa hari lalu, video klip single berkenaan telah ditonton lebih 600,000 kali!


Dalam pada mutu nyanyiannya dikritik, Vida tetap tak menyangka single I Am Me itu menerima sambutan hangat.

“Saya tidak peduli apa orang nak kata, yang penting ia dilakukan dengan ikhlas.

“Lagipun saya amat meminati bidang nyanyian. Alhamdulillah impian untuk merakamkan lagu sendiri akhirnya tercapai,” katanya kepada Utusan Online.



Foto: IG Datuk Vida



Mutu nyanyian itu boleh dipelajari dan bakatnya dalam bidang baru itu masih boleh diasah lagi. Apa yang penting, Vida berani mencabar diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang baharu. Tak begitu? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*