Korperal Polis Tertembak Punggung Rakan

Share This:

KOPERAL polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman tertembak punggung rakannya di sebuah gerai di Setapak, kira-kira 5 pagi, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam kejadian itu, suspek berusia 30-an bersama dua rakannya sedang minum arak di gerai berkenaan.

Katanya, ketika itu, berlaku pergaduhan sesama mereka sebelum anggota berkenaan marah.

“Dia melepaskan lima das tembakan dan satu daripadanya terkena punggung rakannya itu.

“Kami sudah menahan anggota berkenaan bersama seorang lagi rakannya,” katanya pada majlis Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*