Gagal Jawab Soalan, Guru Didakwa Tumbuk Kepala Murid

Share This:

Lagi kes melibatkan perlakuan kasar atau dera oleh guru kepada seorang pelajar.

Memetik laporan Bernama, seorang wanita mendakwa anaknya dikasari dengan cara ditumbuk di bahagian kepala oleh seorang guru mata pelajaran bahasa Inggeris.

Wanita itu, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32 berkata anak lelakinya Adam Mikhael Mubashir, 9 diperlakukan sedemikian apabila gagal menjawab soalan yang diberikan.

Dikatakan tumbukan itu menyebabkan anaknya terjatuh dan mengenai bahagian bucu meja. Ini sekaligus menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan juga pinggang.

“Saya telah membawa anak saya menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati berlaku gegaran di bahagian otak menyebabkan dia berasa pening dan loya, selain sakit di bahagian pinggang akibat terkena bucu meja,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*