DAP Hanya Mahu Kuasa Pemutus Keputusan Bukan Jawatan

Share This:

Peperangan politik ini adalah seperti peperangan ilmu kiasan yang cukup mendalam, sebagaimana kata orang tua-tua sebelum ini, Melayu kalau pukul ular, Ular mesti mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.

Begitu yang kita lihat apa yang sedang dilakukan oleh Najib Razak dalam mengenalpasti musuh politiknya luar dan dalam. Kerja nya lembut  jalannya  teratur menunjukkan betapa kesabaran untuk menduga gelombang politik.

Satu demi satu gelombang politik telah dapat dijinakkan dengan kebijaksanaan yang ada  didalam dirinya. Namun demikian setiap langkah yang diambil sudah pastinya akan membunuh kredibiliti  musuhnya.

Politik dewasa ini bukan seperti  mana politik dahulu,  sekarang politik terus dikuatkan dengan berbagai propaganda , persepsi yang mana dikuatkan lagi dengan  kehadiran teknologi yang  berubah sepanjang masa.

Keadaan ini telah menyebabkan setiap gerakan yang dilakukan dapat dihidu dengan cepat dan sebaran dilakukan  mengunakan media sosial. Lihat bagaimana peranan media sosial dalam menaikkan serta menjatuhkan seorang pemimpin.

Begitu lah  juga Mahathir dan Anwar Ibrahim yang mana semasa berkuasa dahulu terus membuat jaringan didalam cell cell  agensi kerajaan , badan badan berkanun, NGO-NGO sebagai jaringan politiknya

Kedua mereka ini sudah lama merancang untuk menguasai UMNO dan segalanya untuk kekal terus berkuasa sebagai seorang Perdana Menteri sehinggakan melanggar norma-norma kehidupan sejagat.

Kini mereka berdua dalam satu barisan , satu batera bersama Kit Siang untuk menembak jatuh UMNO  serta menenggelamkannya di lautan yang dalam. Mahathir, Anwar dan Kit Siang adalah nama politik yang cukup terkenal dengan kerja kotor politik dan meletakkan kesalahannya kepada orang lain.

Sebagai mengatur Strategi, baru baru ini  organisasi Pakatan Harapan telah ditubuhkan dengan melantik  tiga orang ketua diperingkat tertinggi. Lantikan tersebut telah mengugurkan nama DAP dan dipegang oleh tiga orang Melayu yang amat mendambakan kuasa.

Sudah pasti lantikan tersebut dipersetujui  dan dirancang oleh DAP untuk menunjukkna kuasa dominannya didalam pakatan Harapan yang mempunyai banyak kerusi parlimen diwaktu ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah bersetuju dan mengumumkan bahawa  Pakatan Harapan telah melantik  Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya.

Disini amat jelas bahawa  sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan dasar persetujuan  bersama atau  persetujuan  berdasarkan majoriti ahli kabinet BN.

Ini lah yang berlaku sekarang didalam Pakatan Harapan, walaupun DAP tidak mempunyai kuasa  didalam jawatan , namun setiap keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga penjawat tertinggi tidak terpakai sama sekali apabila ianya tidak dipersetujui oleh DAP.

Mahathir, Anwar dan Kit Siang mempunyai corak fahaman yang sama dimana mereka bertiga ini memperjuangkan amalan Liberal dan Pluralisme derta mengamalkan  dasar kronisme dan nepotisme yang kuat.

Sudah pastinya ada perancangan sulit masing-masing untuk “membunuh” politik  diantara satu dengan yang lain. DAP pula akan menggunakan  ketiga-tiga mereka ini untuk membenamkan bangsa Melayu  serta memastikan dasar kesamarataan yang berkonsepkan Malaysian Malaysia dilaksanakan.

DAP tetap mahukan agar wasiat PAP dilaksanakan di Malaysia. Wasiat yang amat penting sekali ialah menguasai lima buah negeri dibahagaian Pantai Barat Semenanjung ini sebagai matlamat PRU14 nanti. Sekarang Pulau Pinang dan Selangor sudah berada didalam tangan mereka.

Pada satu sudut yang lain pula, apakah Anwar dan Kit Siang mampu untuk melupakan kekejaman Mahathir terhadap mereka. Kita sedang melihat DAP sedang mencuba untuk berada ditengah kelopok musuh ketat ini dengan berrpura-pura setuju dengan perlantikan tersebut. Tetapi apakah disebaliknya?

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*