Arsenal Korban Lapan Pemain Demi Lemar

Share This:

ARSENAL sedia ‘mengorbankan’ lapan pemainnya demi mendapatkan bintang AS Monaco, Thomas Lemar yang menjadi buruan Arsene Wenger.

Lemar tetap menjadi pilihan Wenger walaupun juara Ligue 1 itu tidak mahu menjual pemain berusia 21 tahun terbabit selepas kehilangan dua pemainnya, iaitu Bernardo Silva ke Manchester City dan Tiemoue Bakayoko ke Chelsea.

Namun Wenger masih boleh mengumpan Lemar sekiranya membayar 80 juta pound sterling untuk pemain kelahiran Perancis itu.

Tetapi Wenger perlu menjual sekurang-kurangnya lapan pemain bagi menjana pendapatan dan membeli Lemar yang beraksi cemerlang untuk Monaco pada musim lalu di posisi sayap.

The Gunners sudah memecahkan rekod perpindahan kelab dengan membeli Alexandre Lacazette dari Lyon dengan nilai 53 juta pound sterling.

Antara lapan pemain yang bakal dijadikan korban oleh Wenger termasuk Kieran Gibbs, Carl Jenkinson, Calum Chambers, Wojciech Szczesny, Lucas Perez, Jack Wilshere, Mathieu Debuchy dan Olivier Giroud.

Berikut adalah khabar angin yang mengaitkan lapan pemain tersebut.

Kieran Gibbs – Newcastle dan West Brom berminat

Carl Jenkinson – Newcastle berminat

Calum Chambers – Crystal Palace berminat

Wojciech Szczesny – Juventus hampir menandatanganinya.

Lucas Perez – Deportivo berminat

Jack Wilshere – Masa depan yang tidak pasti

Mathieu Debuchy – Nice berminat

Olivier Giroud – Everton, Marseille dan West Ham berminat

Sumber: Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*