Video Paling Banyak Ditonton, ‘See You Again’ Kini Mengatasi Gangnam Style

Share This:

Selepas lima tahun bertakhta sebagai video paling banyak ditonton, kedudukan Gangnam Style kini diatasi lagu dari filem aksi Furious 7, See You Again.


Memetik laporan New York Post, lagu berkenaan disampaikan gandingan Charlie Puth dan Wiz Khalifa.


Puth sendiri adalah seorang daripada pencipta lagu berkenaan, selain Justin Franks dan Cameron Thomaz.


Sehingga awal petang ini video See You Again disaksikan lebih 2,922,544,001 kali berbanding Gangnam Style nyanyian artis Korea Selatan, Psy, yang ditonton lebih 2,901,146,482 kali.


Rekod sebelum Gangnam Style dipegang oleh lagu Baby nyanyian Justin Bieber.


See You Again diterbitkan pada 2015, memperoleh tontonan purata lebih 3 juta sehari tahun ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*