MRT Fasa 2 Mula Operasi Pukul 4 Petang, Percuma Sehingga Malam

Share This:

Bermula pukul 4 petang ini, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) laluan fasa kedua dari Kajang dan Sungai Buloh. Daripada mula operasi sehingga malam ini, perkhidmatan laluan berkenaan diberikan secara percuma.

Pelancaran laluan berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi bertempat di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX).

Selain itu, beliau juga mengumumkan bahawa tambang semua perkhidmatan rel, MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bas Rapid Transit (BRT) diberikan harga diskaun 50 peratus bermula esok sehingga hari sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos nanti.

Jajalan keseluruah laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) adalah sejauh 51 kilometer dengan 31 buah stesen.

Ini termasuk tujuh stesen bawah tanah, dengan integrasi laluan LRT di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran ini turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM Komuter dan ERL di stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Perkhidmatan MRT dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik dengan sasaran penurunan 160,000 kenderaan memasuki ibu kota setiap hari.

Ini sejajar dengan sasaran tingkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2030 seperti yang ditetapkan kerajaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*