Kalau Mahathir Sebuah Bangunan, Pasti Sudah Runtuh Bunuh Semua Orang

Share This:

Kalau bekas Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad itu sebuah bangunan, sudah lama ia runtuh dan mengorbankan semua penghuni di dalamnya kerana tapak bangunan berkenaan berubah-ubah sesuka hati.

Itulah boleh diibaratkan pendirian dan prinsip Mahathir yang seringkali berubah ikut apa yang dia mahu asalkan ia sesuai dengan kehendak dan impiannya pada ketika itu.

Pada tahun 1998, Mahathir demi mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan mahu menyingkirkan ancamannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ibarat orang yang kuat mendukung prinsip Islam Mahathir cop Anwar sebagai manusia yang tidak layak langsung diberikan peluang memimpin Malaysia kerana dirinya seorang manusia tidak bermoral.

Mahathir kata Anwar buat perlakuan di luar tabii dan manusia sedemikian rupa tidak boleh jadi Perdana Menteri.

Sekarang segala-galanya dah tukar. Ini kerana Mahathir dan Anwar sudah sama-sama satu kapal dalam pasukan pembangkang dan mereka sama-sama mahu gulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada niat peribadi.

Anwar sekarang pada mata Mahathir sudah boleh jadi Perdana Menteri tetapi kena dibebaskan dulu dari Penjara Sungai Buloh tempat dia meringkuk sekarang kerana kesalahan liwat.

Pendirian Mahathir juga berubah kepada Anwar seorang pesalah moral kepada beliau sanggup sokong ke arah pembebasan Anwar dari penjara.

Bayangkanlah keruntuhan moral yang sedang berlaku ke atas Mahathir sekarang kerana megubah kenyataan sesuka hati.

Pada 2003 ketika mahu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Mahathir berkata beliau sudah tidak ada apa-apa kemahuan lagi dalam politik biarpun pada masa itu beliau diminta menyambung khidmat sebagai Perdana Menteri.

Katanya, beliau mahu menyerahkan jawatan kepada orang lain pula memimpin negara tapi sejak itu kenyataan itu hanya kata-kata sahaja.

Perancangan Mahathir mahu bersama dengan keluarga dan cucu hanya sandiwara sebaliknya beliau masuk campur dalam urusan pentadbiran negara setiap Perdana Menteri selepas era beliau.

Dengan Najib masa ini, Mahathir sanggup bersekongkol dengan pembangkang dan menjadi sebahagian daripada mereka selepas lama bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dari zaman pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Pendirian dulu Mahathir, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng kata dua orang ini rasis dan perkauman tapi sekarang berubah dah, mereka jadi sahabat yang akrab bak keluarga dengan Mahathir. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*