From Kajang With Love…

Share This:

Masih ingatkah kita tentang satu lukisan kartun hasil nukilan Datuk Lat yang pernah popular satu ketika dahulu? Jika orang lama, pasti ingat tentang karektor komik karya beliau yang di beri tajuk From Taiping With Love yang menggambarkan sepasang kekasih yang sering kali ber”dating” di tepi Taman Tasik Taiping dengan menggunakan motorsikal Vespa.

Berpuluh tahun sudah berlalu, namun istilah From Taiping With love ini masih mala segar diingatan malah nama Taiping ini seringkali ditukar kepada mana-mana daerah mahupun negeri bagi menggambarkan perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing.

Terbaru, istilah ini sekali lagi digunakan sebagai usikan nakal mereka yang mahu mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Semuanya gara-gara Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai betapa mudahnya penduduk di Kajang untuk bertemu dengan rakan taulan di Sungai Buloh setelah MRT fasa dua dirasmikan.

Umum mengetahui bahawa Wan Azizah merupakan ADUN bagi DUN Kajanga di mana boleh dikatakan, dia langsung tidak turun padang bagi menemui pengundinya semasa Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Anwar. Bagi Anwar pula, dia kini sedang merengkok di dalam Penjara Sungai Buloh akibat kesalahan seksualnya.

Justeru, apabila MRT fasa kedua ini dirasmikan hari ini, boleh dikatakan, ianya akan memudahkan Wan Azizah untuk menemui suaminya di penjara tanpa perlu menaiki kenderaan sendiri dan terpaksa menempuh perjalanan panjang dan menyesakkan.

Apa yang perlu dilakukannya adalah membayar tambang pengangkutan awam ini untuk laluan dua hala yang berkemungkinan besar bernilai RM 7.60 dan dia boleh melawat suaminya semahu hatinya. Malah, kaum keluarganya juga boleh menemui Anwar dengan mudah berikutan siap dan rasminya operasi MRT Fasa kedua ini.

Inilah gambaran yang mungkin boleh berlaku terhadap pasangan orang kenamaan dari PKR ini. Mungkin juga inilah pemahaman mereka terhadap apa yang di Twit oleh Datuk Seri Mohd Najib berhubung siapnya projek MRT fasa kedua. Hakikat sebenarnya, ia adalah satu lagi kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan untuk digunakan oleh rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*