Fenomena Datuk Vida Artis No 1 Malaysia Atasi Siti

Share This:

Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi membuktikan beliau seorang yang mampu mencipta fenomena apabila lagu I Am Me yang baru sahaja dimuat naik di semua platform digital pada hari Jumaat telah berjaya mendapat tontonan sebanyak 277,319 untuk akaun youtube kru music sahaja.

Jumlah tersebut tidak termasuk dari saluran youtube yang lain. Muzik video rasmi pula hanya akan ditayangkan secara rasmi dua minggu dari sekarang.

Kini ternyata Datuk Vida berjaya menjadi artis nombor satu dalam Malaysia mengalahkan Siti Nurhaliza. Muzik video rasmi single sulung beliau menjadi fenomena sebelum ianya dilancarkan. Satu sejarah manis buat orang kuat industri kecantikan ini terukir. Ianya merupakan hadiah istimewa bagi Datuk Vida.

Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

“DSV memang diketahui seorang individu yang sukakan perhatian, jadi saya sengaja mahu menjadikan lagu itu tular sesuai dengan imejnya.

“Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris.

“Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri.

“Dirinya sendiri pun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya,” katanya yang ditemui ketika sesi pembikinan muzik video I Am Me di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Rata-rata rakyat Malaysia amat mengagumi kepintaran Datuk Vida mencari idea segar dan kreatif untuk mempromosikan perniagaan beliau. Moga beliau terus unggul dalam industri tersebut.

 

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*