Daler Yusuf Bergaduh Dengan Adik Di IG Pasal ‘Prank’ Bodoh ?

Share This:

Isu panas pelakon dari Uzbekistan, Daler Yusof terpegang dada Nelydia Senrose baru-baru ini, secara tak langsung melonjakkan nama aktor berkenaan dalam dunia seni.

 
 

Foto: IG Daler Yusuf
 
Pun begitu, belum reda isu berkenaan, hero drama Encik Suami Mat Salih Celup sekali lagi terpalit kontroversi selepas menegur adiknya, Sherzod Yusuf di laman sosial Instagram (IG).
 
Sherzod, baru-baru ini memuat naik sebuah video ‘prank’ untuk melihat reaksi gadis Melayu apabila tangan mereka disentuh lelaki tidak dikenali.
 
 
 
Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berang dengan tindakannya menyentuh wanita bukan mahram dan memuat naik video berkenaan di media sosial.
 
Lebih menarik perhatian netizen, Daler turut muncul di ruangan komen untuk memberi teguran kepada adiknya itu, sekali gus menyebabkan berlaku sedikit perbalahan.
 
 
 
“Astaghfirullahalazim, bukan mahram tu. Jangan buat begitu lagi,” tulisnya.
 
Komen Daler itu menerima kritikan Sherzod kerana disifatkan sebagai seorang yang ‘hipokrit’.
 
“Wow, bila berlakon bersentuhan dengan wanita Melayu tu okey ke?” tulisnya.
 
Daler menjelaskan, dia mendapatkan izin daripada pelakon wanita terlebih dahulu sebelum bersentuhan dengannya selain menyifatkan tindakan Sherzod sebagai satu gangguan seksual serta boleh disaman.
 
 

Foto: IG Sherzod Yusuf
 
Biasalah tu, mana ada adik-beradik yang langsung tak berbalah kan. Apa pandangan pembaca berhubung isu ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*