Clare Jadi “Separuh Gila” Kerana Raja Petra

Share This:

RAKYAT Malaysia tahu bahawa Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle Brown merupakan portal yang dengan aktif menulis berita palsu mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor khususnya berkisar kepada isu 1MDB.

Beliau mengubah maklumat 1MDB yang diperolehi daripada Xavier Andre Justo yang sedang menjalani hukuman penjara di Thailand. Ini bermakna Clare sedang melakukan jenayah pemberontakan yang bertujuan untuk mengulingkan kerajaan Malaysia.

Sejak beberapa tahun yang lalu, segala tindak tanduk Clare berjaya didedahkan oleh pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. Perkara ini telah menyebabkan perancangan pembangkang yang disusun bersama adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown gagal dilaksanakan hingga menyebabkan pemberontakan tersebut berjaya dihalang.

Rupa-rupanya perkara ini mengundang keresahan yang tidak mampu diterima oleh Clare sehingga memaksa beliau menyalah guna kuasa bekas perdana menteri Britain Gordon Brown dengan mengunakan polis Manchester untuk menghalang Raja Petra dari terus mendedahkan kegiatan jahat beliau tersebut.

Baru-baru ini polis Manchester mengeluarkan notis kepada Raja Petra supaya berhenti daripada menulis tentang editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Laporan itu menyebut, menurut notis tersebut, “beliau diberitahu, mulai sekarang jika beliau masih menulis artikel lanjut tentang Clare atau menyebut namanya dalam mana-mana artikel, maka beliau akan ditangkap dan dituduh di mahkamah.”

“RPK (Raja Petra) kemudian bertanya kepada polis tentang artikel Clare yang menulis mengenai orang lain seperti mengenai Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Najib Razak.

“Polis memberitahu tiada kaitan dengan mereka dan jika perdana menteri merasakan beliau juga dilecehkan, maka beliau boleh membuat aduan dengan Polis Metro London,” lapor Malaysia Today.

Malaysia Today yang turut menaikkan salinan notis pencegahan gangguan yang dikeluaskan Polis Manchester menambah, Raja Petra diberi amaran jika beliau mengabaikan notis itu dan jika terus menulis tentang Clare atau menyebut namanya lagi, maka polis akan mengambil tindakan terhadapnya, di mana beliau akan didakwa di mahkamah dan “harus menghadapi apa pun akibat tindakannya.”

Malah menurut portal itu, pihak polis juga memberitahu Raja Petra yang Clare berhadapan dengan tekanan akibat tulisannya.

Bagaimanapun menurut portal itu, Raja Petra memberitahu pihak polis yang beliau tidak akan berhenti menulis tentang Clare atau berhenti menyebut namanya.

“Polis memberitahu RPK (Raja Petra) beliau akan berhadapan dengan tangkapan dan RPK menjawab yang beliau telah ditangkap berkali-kali sebelum ini, oleh itu, untuk menulis dan satu lagi penangkapan bukanlah masalah besar.”

Ia menambah, mengetahui sikap Raja Petra dan “betapa keras kepalanya beliau, beliau mungkin hanya akan mengabaikan arahan polis dan akan terus menulis walaupun kemungkinan akan ditangkap dan akan dipenjarakan.”

Jika perkara ini benar maka sudah pasti Clare akan menjadi “separuh gila” memandangkan Raja Petra tidak akan berhenti daripada terus mendedahkan perbuatan jahat Clare Brown yang dikatakan mengadakan komplot bersama pembangkang untuk mengulingkan Perdana Menteri Malaysia.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*