Bila Aku Balik, Wajah Ku Menyerupai Dia

Share This:

Sebenarnya, saya berasal dari Johor. Saya dari kecil lagi selalu mngalami kejadian mistik ni. Nak kata hijab terbuka pun tak juga sebab tak terlampau kerap nampak. Sebabkan selalu nampak masa kecil , dah besar ni tak kisah sangat dah.

Okay saya sebenarnya nak cerita tentang pengalaman wajah saya berubah. Waktu tu saya baru darjah 4. Saya ambil cuti sendiri sebab nAk ikut mak ayah saya pergi Sarawak. Diorang ada nak cari barang kraft dan perabot utk dijual. Nak di jadikan cerita masa kami melawat satu gudang barang ni, saya terjumpa sorang budak perempuan. Dalam lingkungan umur saya juga kot. Yang pelik nya, bila saya tegur dia, dia langsung x bagi apa-apa reaksi. Pemakaian dia sama je macam budak biasa. Dia pakai gaun putih dan rambut dia paras atas punggung. Dia berdiri depan satu sangkar burung yang diukir. Puas saya tanya nama siapa? Umur berapa? Tapi dia tetap kunci kan mulut dia.

Saya pula bawalah dia jumpa mama saya. Dia ikut je belakang saya tanpa bunyi. Saya bagitahu mama, saya jumpa kawan. Tapi mak ayah saya buat xendah je. Seolah-olah macam diorang tak nampak budak tu. Sedangkan selalunya kalau org tua nampak anak bawa kawan mestilah toleh dan tegur. Ni tak, buat tak tahu je. Pemilik gudang tu pula pandang saya pelik.

Nak balik tu, saya bagitahu budak tu. Saya dah nak balik. Tapi dia tetap juga membisu. Bila saya dah balik johor. Tengah siap-siap nak pergi sekolah, sambil betulkan tudung, saya terkejut tengok wajah saya sendiri. Muka yang saya tengok di cermin bukan wajah saya. Tapi wajah budak yang saya jumpa di gudang haritu. Memang betul muka dia. Riak wajah yang sedih. Saya panik, terus lari ke bilik mama. Mama ada dalam bilik air.

Saya suruh mama keluar. Suruh dia tengok wajah saya. Muka saya masih sama macam budak tu di cermin bilik mama. Mama tak keluar dari bilik air tapi ada bertanya kenapa. Saya jawab muka saya lain. Tapi dia tetap tak keluar dari billik air. Mungkin sedang buang hajat besar kot. Sebelum sempat mama keluar bilik air, van sekolah saya dah smpai. Jadi saya terus ke sekolah. Saya tutup muka saya di sekolah. Kawan baik saya tnya, kenapa tutup muka? Saya tarik dia ke bilik air, dah suruh dia tenung muka saya. Dia kata muka saya nampak terlampau pucat.

Jadi, saya pandang lagi cermin di bilik air skolah. Sah wajah budak tu masih ada. Tapi kenapa kawan saya tak nampak muka budak tu tapi hanya nampk wajah saya pucat. Dalam kelas saya masihsorok kan wajah saya. Wktu rehat saya ke toilet lagi. Alhamdulillah, wajah budak tu dah tak ada lagi. Saya dah dapat wajah saya balik. Saya ada ceritakan balik kisah ni pada mama dalam tahun ni, tapi mama kata dia langsung xingat.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*