Azmin Tidak Peduli Nasib Pasukan Bolasepak Selangor

Share This:

Siapa tidak kenal Juara Piala Malaysia 33 kali ini memang dia bukanlah peminat bolasepak sejati negara. Saban tahun, persiapan pasukan bolasepak Selangor samada pasukan utama mahupun pasukan Piala Presiden akan diberi perhatian oleh semua pasukan lawan. Ini kerana, pasukan ini dikenali sebagai antara pasukan yang melahirkan begitu banyak bakat pemain bolasepak negara yang ada diantaranya sudah bertaraf lagenda.

Sebelum kebangkitan pasukan Johor Darul Takzim beberapa tahun yang lalu, pasukan Selangor adalah sebuah pasukan yang sentiasa dicemburui ramai. Dengan mempunyai Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80 ribu orang penonton, mampu memikat pemain import berkualiti serta dibarisi oleh pemain handalan tempatan, Selangor cukup gah untuk ditumbangkan.

Namun, itu semua cerita dahulu. Hari ini, pasukan Selangor benar-benar tersepit antara politik dan sukan di mana pasukan ini hari ini dilihat seperti melukut di tepi gantang. Manakan tidak, disaat pasukan-pasukan lain mempunyai tajaan dari negeri masing-masing, Selangor terpaksa mengharungi musim ini dengan perbelanjaan yang langsung tidak ditaja oleh negeri.

Sehinggakan Presiden FAS, Datuk Subahan Kamal terpaksa merayu kepada kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Azmin Ali supaya menyalurkan sedikit bantuan dari kerajaan negeri. Dalam satu sidang media minggu lalu, beliau mengakui sudah membelanjakan hampir RM 15 juta dari kantung FAS, penajaan dan duit beliau sendiri untuk memastikan Selangor mengharungi musim ini.

Apa yang beliau harapkan adalah sumbangan seminima RM 5 juta untuk membantu Selangor bagi melicinkan perjalanan musim ini. Namun apa reaksi kerajaan Selangor? Mereka memilih untuk diam membisu walaupun mereka begitu gah mengumumkan bahawa mereka mempunyai bajet yang tertinggi di dalam Malaysia. Timbul persoalan, adakah permintaan RM 5 juta itu terlalu tinggi buat Azmin?

Lebih mendukacitakan adalah pasukan Selangor dilarang untuk bermain di stadium mereka sendiri. Ini telah memaksa FAS menjadikan Stadium Selayang sebagai vanue rasmi buat pasukan Selangor. Lebih memburukkan keadaan, pasukan Selangor dan Piala Presiden turut dilarang dari menggunakan fasiliti latihan mereka atas alasan FAS tidak berhak berbuat demikian.

Terbaru, semasa pasukan bolasepak Malaysia B22 mengadakan perlawanan persahabatan menentang Myanmar B22 di Stadium Shah Alam baru-baru ini, perlawanan terpaksa di tangguhkan selama 3 minit akibat bumbung stadium melayang ditiup angin. Apa sebenarnya yang berlaku diantara FAS dan kerajaan negeri Selangor sebenarnya?

Apa yang dapat difahami dengan mudah adalah sikap Azmin yang enggan lagi mempedulikan nasib pasukan Selangor sebaik sahaja mengumumkan perletakkan jawatannya dari FAS. Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan Selangor hari ini diterajui oleh PKR dengan FAS pula diterajui oleh mereka yang pro kerajaan. Maka oleh yang demikian, wujudlah permasalahan yang telah menyebabkan pasukan Selangor menjadi mangsa.

Agak menakjubkan sebenarnya apabila Azmin sendiri dilihat tidak kisah untuk berbelanja besar untuk urusan politiknya. Dia boleh mengadakan roadtour untuk menyerang 1MDB dan Datuk Seri Mohd Najib tetapi pada masa yang sama begitu liat untuk membantu pembangunan bolasepak negeri. Nampaknya politik jauh mengatasi sukan walaupun rakyat negeri Selangor amat menyokong pasukan bolasepak negeri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*